Harga Shiba Inu Meroket 13% Selepas Pembelian 4 Trilion Token Oleh Crypto Whale

  • Harga coin Shiba inu meroket sebanyak 13% selepas seorang crypto whale membeli 4 trilion token.
  • Wallet whale tersebut bernilai setengah bilion dolar dan juga terdiri daripada token metaverse.
  • Whale crypto lain telah membeli shiba inu kerana ia merosot dari paras tertinggi sejak Oktober.

Harga Shiba Inu melonjak 13% selepas pelabur crypto besar membeli bertrilion- trilion token meme.

Pembeli besar tersebut, lebih dikenali sebagai crypto whale, telah membeli 4 trilion token untuk kira-kira $136 juta, menurut whalestats, yang menjejaki wallet- wallet ethereum, tidak termasuk token untuk pertukaran dan projek.

Kira-kira satu perempat daripada wallet whale itu — yang bernilai setengah bilion dolar secara keseluruhan — kini terdiri daripada coin shiba inu. Token Metaverse daripada Decentraland, Gala dan Sandbox juga membentuk sebahagian besar wallet itu, bersama-sama dengan stablecoin tether.

Shiba inu mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada bulan Oktober dan sebahagian besarnya telah jatuh sejak itu dan memberi peluang kepada whale- whale untuk membeli penurunan itu. Awal bulan ini, seorang whale telah mengumpul 50 bilion token untuk menjadikan jumlah pegangan wallet itu kepada kira-kira 1.67 trilion shiba inu, lapor Insider sebelum ini. Whale lain telah membeli kira-kira 100 bilion token.

Token Shiba Inu secara individu masih bernilai kurang daripada satu sen. Namun begitu, ia adalah mata wang crypto terbesar ke-13 mengikut nilai pasaran, berada tepat di bawah dogecoin (coin meme yang muncul terdahulu), menurut kedudukan Coinmarketcap.

Coin Shiba Inu, yang dinamakan sempena anak anjing Jepun itu, ialah alternatif kepada dogecoin yang berasaskan ethereum. Ia diasaskan pada Ogos 2020 oleh seseorang yang dipanggil Ryoshi, yang ingin beralih daripada “struktur sosial yang tidak fleksibel dan pemikiran tradisional,” dan ingin menjadikan coin itu “suatu percubaan dalam pembinaan komuniti spontan yang decentralized,” lapor Insider sebelum ini.

Dalam masa setahun, token itu telah melonjak sebanyak 53 juta%, menurut crypto.com.

Tajuk: Harga Shiba Inu Meroket 13% Selepas Pembelian 4 Trilion Token Oleh Crypto Whale