Metaverse ‘Sudah Tiba’ Dan Akan Memberikan Masa Depan Cemerlang Untuk Dunia Crypto

Metaverse ‘Sudah Tiba’ Dan Akan Memberikan Masa Depan Cemerlang Untuk Dunia Crypto – Founder Solana

  • Metaverse akan memberi peluang kepada mata wang Crypto untuk menghapuskan model perniagaan yang “lapuk” seperti platform iklan internet, kata co- founder Solana.
  • Anatoly Yakovenko memberitahu Insider dalam satu temu bual bahawa dia percaya crypto boleh menjadikan metaverse lebih baik dan mengubah cara syarikat- syarikat menggunakan data.
  • Ramai pelabur berprofil tinggi percaya bahawa metaverse boleh menjadi peluang trilion dolar.

Metaverse semakin popular. Pelabur sedang membeli plot tanah maya dan barangan mewah digital, manakala syarikat- syarikat dan pasukan- pasukan sukan turut menyertai.

Minggu lepas, 4 projek metaverse telah menjual $106 juta dalam tanah maya, menurut DappRadar. Sandbox, sebuah platform permainan, memperoleh $86.56 juta dalam jualan tanah digital, manakala Decentraland mencatatkan $15.53 juta dalam jualan hartanah maya.

Walaupun mungkin merasakan tahap seterusnya dalam evolusi internet ini baru sahaja bermula, bagi co- founder Solana Anatoly Yakovenko, ia sudah menjadi realiti dan mata wang crypto boleh membantu untuk menambah baik platform tersebut.

“Metaverse sudah ada di sini. Ia masih dalam keadaan fidelity dan resolusi rendah,” katanya kepada Insider dalam temu bual baru-baru ini.

Metaverse merujuk kepada dunia maya di mana pengguna boleh melakukan apa sahaja daripada mencipta dan bermain permainan, kepada memiliki harta, membeli dan menjual aset digital, berdagang mata wang crypto ataupun membiak haiwan digital.

Yakovenko mengasaskan Solana bersama Raj Gokal pada Mac 2020. Protokol Solana serupa dengan saingannya yang lebih besar, iaitu Ethereum, kerana ia mempunyai keupayaan decentralized finance yang sama, seperti menganjurkan kontrak pintar, dan juga boleh menjalankan token NFT, tetapi ia berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi dan kos yang lebih rendah daripada pesaingnya yang lebih besar.

Kedua-dua Sandbox dan Decentraland, dua daripada metaverses yang lebih maju, bergerak menggunakan Ethereum, sebagai contoh.

Pemaju dalam dunia crypto sedang mencari metaverse dimana mereka boleh miliki dan bina perniagaan. Yakovenko berkata bahawa pemaju yang memahami bagaimana ini semua berfungsi boleh mencipta tool untuk content creators supaya mereka boleh mempunyai “pengalaman maya mereka tersendiri.”

“Apabila itu berlaku, ia tidak akan menjadi Sand Box metaverse yang tunggal, ia akan menjadi sekumpulan metaverse yang kecil dimana semuanya bekerjasama dan memberi pelbaai jenis pengalaman, ” kata Yakovenko.

Dia percaya salah satu kelebihan besar untuk mengadakan lebih banyak aktiviti dalam metaverse ialah dunia maya tidak akan memberikan jenis cabaran yang sama dengan pengendalian data dan privasi pengguna seperti yang dihadapi platform- platform media sosial atau enjin carian pada masa ini.

Ia juga boleh menawarkan peluang bagi mata wang crypto untuk memecahkan beberapa pegangan Big Tech pada ruang itu, kata Yakovenko.

“Saya fikir peluang untuk crypto adalah untuk menjadikan (metaverse) lebih baik dalam erti kata lain jenis- jenis model perniagaan yang wujud di web sekarang adalah “lapuk,” katanya.

“Syarikat- syarikat yang mengawal pasaran mencuri data anda, menjualnya kepada pengiklan, memberi anda maklumat yang anda tidak mahu dan cuba memaksa anda untuk mengambilnya, kitaran itu menyusahkan,” tambahnya.

Platform seperti Sandbox, Decentraland dan platform play- to- earn Axie Infinity mempunyai token crypto mereka tersendiri dimana pengguna memerlukan ia untuk membeli item maya atau yang mereka boleh terima sebagai ganjaran. Token MANA Decentraland telah memperoleh lebih dari 16,000% tahun ini, manakala token SAND Sandbox telah meningkat sekitar 5,400% dan token AXS Axie telah memperoleh lebih daripada 25,000%.

Ramai pelabur berprofil tinggi, seperti pengurus aset digital Grayscale dan pelabur teknologi disruptive Cathie Wood, percaya metaverse boleh menjadi peluang trilion dolar.

10 Mata Wang Crypto yang Paling Banyak Dicari di Singapura Pada Tahun 2021

10 Mata Wang Crypto yang Paling Banyak Dicari di Singapura Pada Tahun 2021

SINGAPURA — Tahun 2021 telah menjadi tahun berinovatif bagi industri mata wang Crypto yang sedang berkembang pesat. Sesetengah negara sedang mempertimbangkan untuk mengesahkan penggunaan Crypto, mengikut jejak langkah El Salvador yang kini menerima Bitcoin sebagai tender yang sah.

Peningkatan nilai Bitcoin yang mendadak telah menjadikannya semakin sukar bagi kerajaan dan ahli- ahli terbesar dalam kewangan dan perniagaan untuk menolak mata wang Crypto yang sangat volatile.

Beberapa billionaire seperti Jeff Bezos, Elon Musk dan Jack Dorsey adalah antara yang telah menunjukkan minat dan kepercayaan yang tinggi terhadap mata wang Crypto. Mereka percaya bahawa mata wang tersebut adalah masa depan dunia dan akan membuka jalan ke dalam ruang fintech.

Tidak kira sama ada ia dianggap sebagai mata wang fiat atau aset berisiko dan tidak terkawal kerana memandangkan terdapat lebih daripada 10,000 mata wang Crypto di dunia, hakikatnya orang ramai telah mencari info yang berkaitan dengannya secara aktif.

  1. Bitcoin (BTC)
    Penggerak pasaran dan mata wang Crypto terbesar di dunia mengikut permodalan pasaran, BTC mendapat tempat tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$68,521 pada November 2021.
  2. Ethereum (ETH)
    Dilabelkan sebagai pembunuh Bitcoin, Ethereum menyaksikan pertumbuhan pesat dalam sektor sampingan seperti DeFi, NFT dan Metaverse, dan juga mendapat tertinggi sepanjang masa tahun ini.
  1. Dogecoin (DOGE)
    Minat terhadap coin meme ini nampaknya telah naik dan turun dengan setiap tweet Elon Musk dan Dogecoin nampaknya masih mendapat sokongan padu pengasas Tesla.
  1. Shiba Inu (SHIB)
    Walaupun turun naik yang ketara dalam harganya, ia masih sebuah coin yang hebat kerana Shiba Inu mempunyai hampir 300,000 lebih pengikut di Twitter berbanding Ethereum.
  1. Cardano (ADA)
    Peminat setia telah menunggu dengan sabar untuk pengaktifan kontrak pintar pada blockchain Cardano, tetapi fungsi baharu itu telah gagal menghantar harganya ke bulan.
  1. Ripple (XRP)
    Memandangkan pertempuran legal Ripple vs US Securities dan Exchange Commission (Bursa AS) memasuki tahap muktamadnya, beberapa pelabur besar telah bertaruh besar- besaran untuk menang bukan sahaja untuk XRP, tetapi juga untuk seluruh dunia Crypto.
  1. Coin Binance (BNB)
    Ekosistem unik Binance bagi decentralized blockchain melonjakkan tokennya untuk menjadi mata wang Crypto ketiga terbesar mengikut permodalan pasaran pada 2021.
  1. Uniswap (UNI)
    Uniswap ialah mata wang Crypto dan pertukaran decentralized. Salah satu bursa decentralized terbesar di dunia, Uniswap gagal untuk menarik minat pelabur pada tahun ini, walaupun ia kekal sebagai 20 mata wang Crypto teratas mengikut permodalan pasaran.
  1. Solana (SOL)
    Solana adalah blockchain yang paling pesat berkembang di dunia dan menjadi parabola untuk tahun ini, telah melonjak daripada bawah AS$4 kepada lebih AS$250.
  1. Tether (USDT)
    Syarikat di belakang Tether didenda sebanyak AS$41 juta oleh US Commodity Futures Trading Commission pada Oktober atas tuduhan mengelirukan pelabur- pelabur selama bertahun-tahun dengan mendakwa stablecoin disokong sepenuhnya pada setiap masa oleh dolar AS dan mata wang fiat lain secara palsu.