Pepsi Jenama Terbaharu Untuk Memasuki Ruang NFT

Pepsi telah menjadi peserta terbaharu dalam ruang token NFT yang berkembang pesat selepas memperkenalkan koleksi NFT landmarknya – iaitu “koleksi NFT genesis Pepsi Mic Drop”.

Koleksi itu, yang dikatakan “berpaut pada akar jenamanya dalam muzik”, menampilkan 1,893 NFT ‘generatif’ unik yang akan dilancarkan pada blockchain Ethereum pada hari Jumaat 10 Disember.

Sesuai dengan tema muzik, koleksi itu akan menampilkan banyak variasi mikrofon yang diilhamkan oleh perisa- perisa Pepsi yang ikonik dan pelbagai “ciri- ciri generatif eksklusif” yang memberi penghormatan kepada “sejarah penceritaan muzik dan suite perisa-perisa Pepsi” jenama itu.

Koleksi landmark daripada Pepsi telah direka dengan VaynerNFT – perundingan NFT yang membantu jenama- jenama mengoptimumkan pembangunan jenama mereka dan membina projek NFT untuk jangka masa panjang. VaynerNFT sebelum ini bekerjasama dengan Budweiser untuk membantu memperluaskan “komuniti Budweiser ke dalam Metaverse”.

Untuk terus selaras dengan “amalan pemikiran kepimpinan dalam pemasaran baru “, Pepsi melaksanakan ‘program mengimbangi karbon’ untuk memastikan kesan karbon (carbon footprint) sifar semasa pelancaran.

Selain itu, untuk memastikan “pengalaman saksama” dan yuran gas yang lebih terurus untuk pe’mint‘, Pepsi telah melaksanakan senarai tunggu untuk memastikan penyertaan adil dalam koleksi.

Senarai tunggu diumumkan pada hari Jumaat 10 Disember pada pukul 12 tengah hari EST, dengan pengguna yang diluluskan boleh me ‘mint‘ dua hari kemudian pada hari Selasa, 14 Disember pada 12.30 tengah hari EST.

NFT kemudiannya akan dapat dibeli, dijual dan didagangkan di pasaran pilihan pengguna. Pada masa ini, koleksi hanya tersedia untuk penduduk AS atas sebab “tujuan cukai”.

“Pepsi sentiasa menjadi jenama yang mempunyai warisan yang kukuh dalam muzik dan budaya pop, jadi wajar bagi kami untuk membawa legasi itu ke dalam dunia baharu NFT dengan ‘mic drop’” kata Todd Kaplan, Naib Presiden Pemasaran Pepsi.

“Kami mencipta koleksi NFT genesis Pepsi Mic Drop untuk peminat kami, meletakkan minat dan keperluan mereka di hadapan dengan memastikan NFT semuanya percuma dan dipersembahkan secara saksama sebagai peluang yang inklusif dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja untuk mengalami dunia NFT yang menarik.”

Tajuk: Pepsi Jenama Terbaharu Untuk Memasuki Ruang NFT