Bintang NFL Odell Beckham Jr Bakal Menerima 100% Bitcoin Sebagai Gaji

Bintang NFL Odell Beckham Jr Bakal Menerima 100% Bitcoin Sebagai Gaji

Pemain bola sepak LA Rams Odell Beckham Jr telah bekerjasama dengan Cash App, sebuah aplikasi Crypto wallet yang popular bagi menerima 100% gajinya dalam bentuk Bitcoin.

Beckham Jr mengemas kini di Twitternya yang mempunyai 4.1 juta pengikut mengenai kerjasamanya bersama Cash App dengan berkata: “Ini adalah permulaan era baharu dan saya melihat ke masa hadapan. Itulah sebabnya saya mengambil gaji baru saya dalam bentuk bitcoin, saya berterima kasih kepada @CashApp.”

Wide Reciever itu juga mendedahkan bahawa dia akan “memberikan wang sejumlah $1m dalam bentuk BTC” melalui partnership dengan Cash App milik Square.

Quarterback NFL Aaron Rodgers melakukan Partnership bersama Cash App terdahulu, kemudian diikuti oleh OBJ melalui perjanjian serupa.

Kedua pemain tersebut bukanlah satu-satunya pemain NFL yang mempunyai minat dalam industri ini, malah quarterback legenda Tom Brady juga telah menyatakan dia ingin dibayar dalam Bitcoin dan telah mula berkerjasama dengan Crypto Exchange FTX tahun ini.

Brady juga telah mengasaskan syarikat NFTnya sendiri – Autograph – iaitu sebuah platform yang mencipta koleksi digital nama-nama terbesar dalam sukan dan hiburan seperti Tiger Woods, Naomi Osaka dan Usain Bolt.

Selain itu, NFL telah mengambil kesempatan daripada populariti NFT dengan bekerjasama bersama Dapper Labs untuk melancarkan satu siri sorotan sukan NFL.

Platform token peminat Socios juga telah mengembangkan usahanya di AS berikutan partnership pertamanya dengan pasukan NFL New England Patriots.