Pepsi Jenama Terbaharu Untuk Memasuki Ruang NFT

Pepsi telah menjadi peserta terbaharu dalam ruang token NFT yang berkembang pesat selepas memperkenalkan koleksi NFT landmarknya – iaitu “koleksi NFT genesis Pepsi Mic Drop”.

Koleksi itu, yang dikatakan “berpaut pada akar jenamanya dalam muzik”, menampilkan 1,893 NFT ‘generatif’ unik yang akan dilancarkan pada blockchain Ethereum pada hari Jumaat 10 Disember.

Sesuai dengan tema muzik, koleksi itu akan menampilkan banyak variasi mikrofon yang diilhamkan oleh perisa- perisa Pepsi yang ikonik dan pelbagai “ciri- ciri generatif eksklusif” yang memberi penghormatan kepada “sejarah penceritaan muzik dan suite perisa-perisa Pepsi” jenama itu.

Koleksi landmark daripada Pepsi telah direka dengan VaynerNFT – perundingan NFT yang membantu jenama- jenama mengoptimumkan pembangunan jenama mereka dan membina projek NFT untuk jangka masa panjang. VaynerNFT sebelum ini bekerjasama dengan Budweiser untuk membantu memperluaskan “komuniti Budweiser ke dalam Metaverse”.

Untuk terus selaras dengan “amalan pemikiran kepimpinan dalam pemasaran baru “, Pepsi melaksanakan ‘program mengimbangi karbon’ untuk memastikan kesan karbon (carbon footprint) sifar semasa pelancaran.

Selain itu, untuk memastikan “pengalaman saksama” dan yuran gas yang lebih terurus untuk pe’mint‘, Pepsi telah melaksanakan senarai tunggu untuk memastikan penyertaan adil dalam koleksi.

Senarai tunggu diumumkan pada hari Jumaat 10 Disember pada pukul 12 tengah hari EST, dengan pengguna yang diluluskan boleh me ‘mint‘ dua hari kemudian pada hari Selasa, 14 Disember pada 12.30 tengah hari EST.

NFT kemudiannya akan dapat dibeli, dijual dan didagangkan di pasaran pilihan pengguna. Pada masa ini, koleksi hanya tersedia untuk penduduk AS atas sebab “tujuan cukai”.

“Pepsi sentiasa menjadi jenama yang mempunyai warisan yang kukuh dalam muzik dan budaya pop, jadi wajar bagi kami untuk membawa legasi itu ke dalam dunia baharu NFT dengan ‘mic drop’” kata Todd Kaplan, Naib Presiden Pemasaran Pepsi.

“Kami mencipta koleksi NFT genesis Pepsi Mic Drop untuk peminat kami, meletakkan minat dan keperluan mereka di hadapan dengan memastikan NFT semuanya percuma dan dipersembahkan secara saksama sebagai peluang yang inklusif dan boleh diakses oleh sesiapa sahaja untuk mengalami dunia NFT yang menarik.”

Tajuk: Pepsi Jenama Terbaharu Untuk Memasuki Ruang NFT

50% Daripada Tawaran Hartanah Boleh Dilakukan Dalam Crypto

Mata wang cypto telah memasuki dunia hartanah, satu penambahan lagi kepada penggunaan coin digital dalam urus niaga harian di luar perdagangan pasaran— dan sekurang-kurangnya seorang broker terkemuka berpendapat bahawa ia hanya permulaan.

Lane Rettig, bekas pembangun teras mata wang crypto, Ethereum (ETH-USD), baru-baru ini membeli sebuah apartmen bernilai $3.5 juta di 145 Central Park North di Harlem New York City. Jualan itu, yang diketuai oleh pembrokeran hartanah SERHANT dan NestSeekers International, memegang rekod untuk kontrak kondo tertinggi di Harlem setakat tahun ini.

Rettig membayar kondo dengan cara tradisional — iaitu dengan mata wang dolar. Tetapi Ryan Serhant – CEO dan founder pembrokeran hartanah yang menggunakan namanya – adalah seorang yang mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap crypto dalam soal hartanah. Rettig merupakan salah satu dari ramai pembeli yang sedang berurusan dengan dia, yang telah mengumpul kekayaan masing- masing dalam bentuk crypto yang ingin membeli hartanah, kata Serhant.

“Kami melihat lebih banyak [pembeli crypto] sekarang berbanding pada tahun 2020 dan pada separuh pertama tahun 2021,” kata Serhant kepada Yahoo Finance. “Orang ramai telah mengumpul kekayaan, kini mereka cuba memikirkan cara untuk mengekalkannya, dan mereka berkata, biarkan saya meletakkannya sebagai aset ketara (tangible asset).”

Dia menambah: “Dengan cara yang sama, orang yang kaya dengan wang tunai telah mengeluarkan wang mereka daripada bank dan membeli hartanah sebagai satu bentuk perlindungan terhadap inflasi, kita boleh lihat benda yang sama dengan komuniti crypto. Pelanggan sedang mencari cara untuk mempelbagaikan.”

Menurut Serhant, orang ramai telah mengumpul begitu banyak kekayaan aset crypto sehingga mereka dapat melunaskan 50% hingga 70% daripada harga pembelian menggunakan mata wang crypto. Kemudian mereka akan membayar jumlah yang tinggal dengan mata wang dolar kerana jumlah yang tinggal sangat kecil.

“Biasanya mereka tidak akan mampu untuk membeli pangsapuri itu jika anda pergi ke bank dan melakukan penarafan kredit standard terhadap W-2 anda,” katanya kepada Yahoo Finance. “Jadi ia memberi lebih peluang kepada lebih ramai orang untuk memiliki rumah .”

Pro hartanah sedang mengusahakan perjanjian crypto sepenuhnya yang bernilai hampir $40 juta, iaitu sebuah penthouse di lower Manhattan tanpa pinjaman yang terlibat, dan menegaskan bahawa pasaran akan melihat lebih banyak tawaran ini.

Sudah terdapat beberapa hartanah kediaman di NYC yang telah dijual dalam crypto sepenuhnya- seperti harta komersial pertama pada bulan lepas serta rumah ski di West Coast.

Dunia crypto masih dalam peringkat awal, tetapi Serhant meramalkan bahawa dalam lima tahun akan datang, 50% daripada urus niaga hartanah di A.S. akan dilakukan dalam bentuk mata wang crypto.

Pada masa ini, banyak halangan terhadap penerimaan crypto adalah kerana sifatnya yang volatile dan ketidakupayaan institusi kewangan untuk menyimpannya pada buku mereka. Namun Serhant berpendapat akhirnya, akan ada transaksi terus ke dompet di mana crypto boleh dipindahkan serta-merta daripada pembeli ke penjual.

Beliau juga percaya projek pembangunan baharu yang membayar pinjaman pembinaan tidak lama lagi dapat diselesaikan dengan Bitcoin (BTC-USD) atau Ethereum.

“Ia belum masanya lagi, tetapi kami akan sampai ke sana,” katanya kepada Yahoo Finance.

Apabila membeli harta Harlemnya, Rettig bergurau senda tetapi akhirnya telah memutuskan untuk tidak menggunakan crypto untuk pembelian tersebut.

“Kami mempunyai perbualan yang jujur ​​dengan pembangun tentang kemungkinan menjalankan transaksi dalam crypto. Mereka sangat terbuka mengenainya,” kata Rettig kepada Yahoo Finance, sebelum memilih cara yang lebih tradisional untuk menjual rumah tiga bilik tidur, dua bilik air dengan pemandangan panoramik Central Park itu.

Rettig berkata ia lebih kepada persoalan logistik pematuhan bagi pemaju dan cara mereka menerimanya dan menjaga perjanjian dengan hutang dalam crypto. Namun dia berkata dia berpendapat dia boleh mendapatkan gadai janji yang lebih besar kerana aset crypto yang dipegangnya.

Namun begitu, Serhant sentiasa memikirkan masa depan blockchain dalam hartanah.

“Kami masih menandatangani kontrak di internet dengan tandatangan PDF, dan kemudian menghantar e-mel seperti yang kami lakukan sejak tahun 1996. Kami belum maju secara teknologi dalam cara membeli dan menjual hartanah,” kata Serhant.

Dia berhujah, “Crypto akan mengubah ini. Anda akan menandatangani kontrak sebagai bentuk NFT,” tambahnya. “Kami mungkin tidak akan memanggilnya NFT. Anda masih dapat merasakan seperti anda menandatangani kontrak.”

Selain itu, beliau berpendapat cara kontrak itu dipegang, direkodkan, dimiliki dan dijejaki akan berada pada blockchain dalam bentuk token NFT, yang membuka pintu kepada pelaburan besar-besaran dan pemilikan hartanah mewah. Dia melihat masa depan di mana keseluruhan tawaran boleh dilaksanakan menggunakan NFT, malah digunakan untuk mengutip sewa.

“Anda boleh menjadi pelabur tanpa memeningkan kepala,” katanya kepada Yahoo Finance. “Ia lebih selamat; dan saya rasa anda akan mula melihat banyak perkara seperti itu pada masa akan datang.

Tajuk: 50% Daripada Tawaran Hartanah Boleh Dilakukan Dalam Crypto

Jualan Kapal Layar Vianne Berharga $10J, Kripto Diterima

Jualan Kapal Layar Vianne Berharga $10J, Kripto Diterima

Pembayaran menggunakan mata wang Crypto terus mendapat daya tarikan di dalam dunia barangan mewah, dengan kapal layar sebesar 170 kaki menjadi contoh terkini.

Pemilik Vianne, sebuah kapal layar binaan Itali berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa pembeli akan dapat membeli kapal itu dengan Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Dogecoin (DOGE) serta SOL, FTM, BNB atau “top tier” Non- fungible Token (NFT) daripada koleksi CryptoPunk atau Bored Ape Yacht Club.

Dengan itu, sebanyak 10% deposit fiat diperlukan.

Vianne disenaraikan pada harga $10 juta dan boleh disewa pada musim sejuk akan datang dengan harga $196,000 seminggu di Caribbean. Dia mempunyai jakuzi sky- deck dan boleh memuatkan 12 tetamu.

“Pembayaran mata wang Crypto semakin meningkat dalam industri kapal layar, justeru, ini akan menjadikan Vianne kapal layar terbesar yang pernah dibeli dengan NFT,” kata pemilik kapal itu dalam satu kenyataan.

Kebolehan untuk membeli superyacht ini dengan mata wang Crypto adalah tanda penerimaan yang lebih luas oleh industri barangan mewah – seperti Dolce & Gabbana atau Sotheby’s.

Di samping itu, Morgan Stanley menganggarkan dalam nota terbaru kepada pelanggannya bahawa permainan Metaverse dan NFT boleh memberi peluang pendapatan sebanyak 50 bilion euro untuk pasaran mewah menjelang 2030. Kering yang berpangkalan di Perancis, pemilik jenama- jenama mewah seperti Gucci dan Yves Saint Laurent , adalah contoh yang terbaik untuk mengambil kesempatan daripada Metaverse, kata bank itu dalam notanya.

Sementara itu, pemilik- pemilik Vianne berkata Crypto sudah menjadi kenyataan.

“Dalam 12 bulan yang lalu, terutamanya, kami telah cenderung untuk berurus niaga menggunakan Crypto selagi boleh,” pejabat keluarga pemilik memberitahu CoinDesk melalui e-mel. “Kami sedang dalam proses untuk mendapatkan kapal layar yang lebih besar untuk pemiliknya, dan jika kami berurus niaga, kami pasti akan membayar dalam mata wang Crypto (Stablecoin, [Altcoin], dll.) selagi boleh.”

Metaverse Berpotensi Untuk Mendapat Hasil Tahunan $1 trilion, kata Grayscale

Metaverse Berpotensi Untuk Mendapat Hasil Tahunan $1 trilion, kata Grayscale

  • Grayscale, sebuah Crypto gergasi berkata Metaverse berpeluang untuk mendapatkan hasil tahunan sebanyak $1 trilion.
  • Ia datang bersama kepingan tanah maya (virtual land) di dalam projek metaverse. Selain itu, ia dijual dengan harga $2 juta ke atas.
  • Grayscale berkata metaverse adalah sebuah peluang besar untuk dunia Crypto, dengan pelaburan yang semakin meningkat.

Metaverse berpotensi untuk mendapat hasil tahunan $1 trilion merentasi dunia pengiklanan, event digital, e-dagang serta hardware, menurut laporan baharu daripada gergasi Crypto, Grayscale.

Laporan Grayscale yang dikeluarkan pada malam Rabu, dikeluarkan semasa terdapat sambutan yang meriah terhadap metaverse selepas Facebook menukar namanya kepada Meta secara rasmi. Ia memberikan tumpuan kepada dunia imersif maya yang dikatakan masa depan internet.

Minggu ini, terdapat tanda- tanda awal potensi di dalam ekonomi metaverse, dengan bidang tanah maya Decentraland dan Axie Infinity di dalam metaverse yang berasaskan Crypto dijual dengan harga $2 juta lebih.

Metaverse mempunyai pelbagai persekitaran maya 3D dalam talian, di mana orang ramai boleh bermain permainan, mencipta sesuatu, bersosial, bekerja dan juga berdagang serta memperoleh aset Crypto.

Metaverse induk yang paling terkenal sekarang adalah dalam bidang permainan, dengan Fortnite dan Roblox yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Grayscale menganggarkan bahawa hasil daripada dunia permainan maya boleh meningkat sehingga $400 bilion pada 2025, daripada sekitar $180 bilion pada 2020.

Namun, Grayscale yang mengendalikan dana mata wang Crypto terbesar di dunia, berkata metaverse masih di peringkat awal. Rancangan Facebook untuk membelanjakan $10 bilion tahun ini untuk metaverse adalah tanda- tanda potensi pasaran.

“Peluang pasaran untuk menghidupkan Metaverse mungkin bernilai lebih $1 trilion dalam hasil tahunan,” kata laporan itu, walaupun ia tidak menyatakan jangka masa.

Penulis laporan itu, ketua penyelidikan Grayscale, David Grider dan penganalisis penyelidikan, Matt Maximo, berpendapat bahawa metaverse adalah peluang besar untuk syarikat- syarikat Crypto.

Banyak projek metaverse pada masa ini, seperti realiti maya atau permainan, dikendalikan oleh syarikat- syarikat Web2, yang berpusat dan beroperasi demi keuntungan. Salah satu contohnya adalah Horizon Worlds yang telah dilancarkan oleh Facebook di ruang realiti maya.

Tetapi semakin banyak projek metaverse dicipta atas dasar teknologi Crypto, yang boleh memberikan pengguna lebih kawalan dan memperoleh wang yang boleh mereka gunakan di dunia nyata. Ini dikenali sebagai metaverse Web3.

Grayscale menyenaraikan peluang untuk mendapatkan keuntungan dari pengguna dalam metaverse Web3. Ini termasuk galeri seni yang melancarkan NFT, permainan- permainan dan kasino di mana pemain menaruh & memenangi Crypto, pengiklanan digital dan tempat muzik untuk DJ dan artis mengadakan konsert.

Pada suku ketiga, jumlah pengumpulan dana Web3 dan NFT mencecah $1.8 bilion, daripada keseluruhan dana Crypto sebanyak $8.2 bilion, kata Grayscale. Sementara itu, pelaburan baru-baru ini telah meingkat.

Laporan Grayscale memfokuskan pada Decentraland. Dalam metaverse itu, orang ramai boleh log masuk untuk bermain permainan, memperoleh mata wang Crypto asli MANA, membeli NFT termasuk tanah maya dan barang- barang koleksi, dan mengundi untuk tadbir urus ekonomi.

Syarikat pelaburan Crypto baru-baru ini mencipta amanah Decentraland yang melabur hanya dalam MANA. Mata wang Crypto tersebut meningkat sekitar 550% dalam tempoh 30 hari yang lalu, menurut Coingecko.

Bintang NFL Odell Beckham Jr Bakal Menerima 100% Bitcoin Sebagai Gaji

Bintang NFL Odell Beckham Jr Bakal Menerima 100% Bitcoin Sebagai Gaji

Pemain bola sepak LA Rams Odell Beckham Jr telah bekerjasama dengan Cash App, sebuah aplikasi Crypto wallet yang popular bagi menerima 100% gajinya dalam bentuk Bitcoin.

Beckham Jr mengemas kini di Twitternya yang mempunyai 4.1 juta pengikut mengenai kerjasamanya bersama Cash App dengan berkata: “Ini adalah permulaan era baharu dan saya melihat ke masa hadapan. Itulah sebabnya saya mengambil gaji baru saya dalam bentuk bitcoin, saya berterima kasih kepada @CashApp.”

Wide Reciever itu juga mendedahkan bahawa dia akan “memberikan wang sejumlah $1m dalam bentuk BTC” melalui partnership dengan Cash App milik Square.

Quarterback NFL Aaron Rodgers melakukan Partnership bersama Cash App terdahulu, kemudian diikuti oleh OBJ melalui perjanjian serupa.

Kedua pemain tersebut bukanlah satu-satunya pemain NFL yang mempunyai minat dalam industri ini, malah quarterback legenda Tom Brady juga telah menyatakan dia ingin dibayar dalam Bitcoin dan telah mula berkerjasama dengan Crypto Exchange FTX tahun ini.

Brady juga telah mengasaskan syarikat NFTnya sendiri – Autograph – iaitu sebuah platform yang mencipta koleksi digital nama-nama terbesar dalam sukan dan hiburan seperti Tiger Woods, Naomi Osaka dan Usain Bolt.

Selain itu, NFL telah mengambil kesempatan daripada populariti NFT dengan bekerjasama bersama Dapper Labs untuk melancarkan satu siri sorotan sukan NFL.

Platform token peminat Socios juga telah mengembangkan usahanya di AS berikutan partnership pertamanya dengan pasukan NFL New England Patriots.