Datuk Bandar Miami Merancang Untuk Menerima Duit Persaraannya Dalam Bitcoin

  • Datuk Bandar Miami, Francis Suarez berkata pada hari Jumaat dia merancang untuk menerima sebahagian daripada simpanan persaraannya [401(k)] dalam Bitcoin.
  • Suarez, yang berucap di acara Real Vision, sudahpun menerima gajinya dalam bitcoin melalui platform Strike.
  • Rancangan untuk membolehkan penduduk Miami membayar yuran perbandaran dalam mata wang crypto sedang dijalankan, katanya.

Datuk Bandar Miami, Francis Suarez, sedang melihat untuk menerima sebahagian daripada simpanan persaraannya dalam bitcoin. Beliau telahpun mula mengutip gajinya dalam mata wang crypto terkemuka itu.

Suarez memberitahu RealVision pada hari Jumaat bahawa dia sedang meneroka bagaimana dia boleh menerima sebahagian daripada simpanan persaraannya dalam bitcoin, dan dia menjangkakan untuk mula membuat pembayaran kepadanya dalam token menjelang tahun depan.

“Ia adalah pilihan peribadi. Saya hanya fikir ia adalah aset yang baik untuk dilaburkan,” katanya kepada editor pengurusan Real Vision pada acara TakeOver outlet analisis kewangan itu.

“Jelas sekali, ia akan dihargai dari semasa ke semasa. Saya mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadapnya,” tambahnya.

Pemimpin bandar Miami, yang baru-baru ini dipilih semula sebagai Datuk Bandar, menggunakan aplikasi Strike untuk menerima gajinya dalam bitcoin. Pada bulan November, dia berkata gajinya yang seterusnya akan diterima 100% dalam bentuk mata wang crypto.

Suarez menyokong penggunaan crypto dalam usahanya untuk menjadikan Miami pusat inovasi digital. Ia bersaing untuk menjadi hab crypto dengan New York, dimana datuk bandarnya, Eric Adams mendesak agar tiga gaji pertamanya diberi dalam bitcoin.

Datuk Bandar memberitahu Real Vision bahawa salah satu sebab dia boleh menerima sebahagian daripada simpanan persaraannya dalam bitcoin adalah kerana dia dibenarkan menerima pendapatan luar.

“Saya memang mempunyai pendapatan sektor swasta. Jadi, secara adil, gaji Datuk Bandar saya bukanlah 100% daripada pendapatan saya. Ia adalah sebahagian daripada pendapatan saya dan saya boleh melakukan jenis pelaburan ini,” kata Suarez.

Pada bulan Ogos, bandarnya melancarkan mata wang digitalnya sendiri, MiamiCoin dan Datuk Bandar telah berkata beliau berharap projek itu dapat membiayai bandar itu dengan cukup sehingga penduduk tidak perlu lagi membayar cukai. Apabila coin crypto dibeli atau dilombong (mining), 30% daripada ganjaran pergi ke tabung Miami.

Pada bulan Oktober, Suarez memberitahu Bloomberg dia merancang untuk membayar pekerja bandar Miami dalam bitcoin, serta membolehkan penduduk membayar yuran perbandaran dengannya.

“(Mengenai) penduduk kami dapat membayar yuran dalam bitcoin, kami baru sahaja mengadakan hari industri untuk pertukaran bitcoin. Dan kami sedang dalam proses untuk mengeluarkan RFP (prequest for proposal) mengenainya,” katanya di acara RealVision.

Datuk Bandar Miami juga mahu negeri Florida membenarkan Miami memegang bitcoin pada balanace sheet, tetapi statut negeri dan persekutuan tidak membenarkan mata wang crypto dimiliki oleh sesebuah bandar atau daerah.

Suarez bullish dengan bitcoin pada acara hari Jumaat, walaupun penurunannya baru-baru ini di bawah $50,000 akibat kebimbangan terhadap varian coronavirus Omicron. Coin itu berjumlah $48,864 pada awal Isnin, menurut data CoinGecko.

“Sebahagian daripada sebab mengapa saya fikir bitcoin telah berjaya dengan baik adalah kerana orang ramai mempunyai keyakinan terhadapnya,” katanya.” Mereka mempunyai keyakinan terhadapnya kerana mereka melihat bahawa ia adalah sistem sumber terbuka dan tidak boleh dimanipulasi, dan saya fikir itu adalah punca popularitinya, dan mengapa prestasinya sangat baik.”

Bitcoin meningkat kira-kira 160% dalam tempoh 12 bulan yang lalu, dan ia adalah mata wang crypto nombor satu dengan permodalan pasaran kira-kira $923 bilion, meningkat daripada $349 bilion dari tahun sebelumnya.

Tajuk: Datuk Bandar Miami Merancang Untuk Menerima Duit Persaraannya Dalam Bitcoin