Instagram Sedang Berusaha Memperkembangkan NFT Kepada Penggunanya

  • Instagram sedang “meneroka secara aktif” cara-cara untuk membawa NFT kepada khalayak yang lebih luas, menurut CEO Adam Mosseri pada Sabtu lepas.
  • Langkah platform tersebut diambil selepas syarikat induk Facebook menjenamakan semula sebagai “Meta“, selari dengan peralihannya kepada metaverse.
  • Penyepaduan itu boleh membolehkan orang ramai untuk berdagang NFT secara terus di Instagram, seperti yang dilihat di screenshot daripada pembangun aplikasi.

Instagram sedang mencari cara- cara untuk membawa NFT ke platform rangkaian sosialnya serta dua bilion penggunanya, kerana syarikat induknya Meta telah membuat dorongan ke dalam metaverse.

CEO syarikat itu, Adam Mosseri, berkata pada hujung minggu lepas ia sedang berusaha membina features yang menggabungkan token NFT.

Walaupun aset digital yang unik ini popular sebagai koleksi seni atau video moden, ia juga merupakan kunci digital untuk memasuki metaverse, kerana ia membolehkan pemilikan di dalam dunia maya.

“Tiada apa yang diumumkan lagi, tetapi kami pastinya sedang aktif meneroka NFT dan bagaimana kami boleh menjadikannya lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas,” kata Mosseri dalam story Instagramnya yang dimuat naik pada hari Sabtu.

“Saya rasa ia adalah tempat yang menarik di mana kita boleh bermain dan juga ia adalah satu cara untuk membantu pereka (creators).”

NFT didagangkan dalam talian, selalunya dikaitkan dengan mata wang crypto dan biasanya direkodkan pada blockchain. Mereka telah mendapat perhatian ramai pada tahun 2021. Jumlah jualan mereka setakat tahun ini telah melonjak kepada $12 bilion, didorong sebahagiannya oleh jenama besar seperti Nike yang mendorong ke arah NFT dan dunia maya.

Pada bulan Julai, syarikat induk Instagram mencetuskan gelombang minat terhadap metaverse apabila ia menjenamakan semula sebagai “Meta” dan memfokus semula pada metaverse, istilah lengkap untuk ruang maya di mana orang ramai boleh bermain, bekerja, berdagang dan secara umumnya berinteraksi secara digital menggunakan avatar. .

“Mulai sekarang, kami akan menjadi metaverse dahulu, bukan Facebook dahulu,” kata CEO Mark Zuckerberg pada masa itu, bahawa dia mahu mengubah Facebook daripada syarikat media sosial menjadi “syarikat metaverse.”

Tetapi syarikat yang memfokuskan terhadap crypto seperti The Sandbox, yang mahukan dunia maya yang “decentralized”, bimbang syarikat teknologi besar seperti Meta boleh menguasai metaverse sama seperti ia menguasai media sosial.

Pelabur harus menjangkakan akan adanya “pertempuran antara crypto asli metaverse dengan crypto yang dilancarkan oleh entiti gaming dan korporat seperti Meta,” kata Brock Pierce, pengerusi Bitcoin Foundation kepada Insider.

Setakat Disember, Instagram mempunyai kira-kira dua bilion pengguna aktif secara bulanan, menurut CNBC.

Walaupun Mosseri tidak menghuraikan lebih lanjut dalam post Instagramnya, ulasannya mencadangkan rangkaian sosial perkongsian foto dan video tersebut mungkin akan memberikan penggunanya tools untuk mempamerkan NFT yang mereka cipta atau membenarkan orang mengikuti pereka (creator) kegemaran mereka.

Pembangun aplikasi Alessandro Paluzzi mula-mula berkongsi butiran rancangan berkaitan NFT Instagram pada bulan Julai, perkongsian pada screenshot di Twitter.

Post Instagram mungkin disertakan dengan label “collectibles“, untuk menandakan NFT yang dipegang oleh pengguna dalam bahagian khusus.

Paluzzi turut berkongsi feature yang menunjukkan pengguna dibenarkan membuat tawaran untuk NFT secara langsung di Instagram dan beliau menyatakan bahawa Instagram berkemungkinan akan menyokong wallet crypto Coinbase dan MetaMask, serta wallet Novi Facebook.

Paluzzi sebelum ini telah berkongsi update yang belum diumumkan lagi yang kemudiannya disahkan oleh Instagram, termasuk memberikan creators akses kepada data yang lebih terperinci dan menguji feature pembayaran Reels.

Instagram tidak segera untuk bertindak balas terhadap permintaan Insider untuk mengulas mengenai rancangan NFTnya.

Tajuk: Instagram Sedang Berusaha Memperkembangkan NFT Kepada Penggunanya