Aplikasi Perdagangan Public Menambah 4 lagi Mata Wang Crypto Termasuk Token Decentraland

  • Aplikasi dagangan Public menambah empat lagi aset digital pada platform dagangan cryptonya.
  • Decentraland token Metaverse, yang telah meningkat kira-kira 150% tahun ini, adalah salah satu daripadanya.
  • Public kini mempunyai 25 mata wang crypto yang boleh dibeli dan dijual pada platformnya.

Aplikasi perdagangan Public baru sahaja menambah empat lagi token pada crypto exchange nya, termasuk Decentraland, kegemaran metaverse.

Public, aplikasi perdagangan saham sosial yang dilancarkan pada tahun 2019, menambah mata wang crypto Decentraland, Cosmos, Fantom, dan The Graph pada platformnya — menjadikan jumlah bilangan token yang pengguna boleh membeli dan menjual kepada 25, kata syarikat itu dalam e-mel kepada Insider.

Merujuk kepada cara-cara ia menentukan token crypto mana yang hendak ditambahkan pada platformnya, Public berkata:

“Apabila menawarkan aset crypto baharu, kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami Apex Crypto, dan kami juga mempunyai pelbagai atribut yang kami pertimbangkan, termasuk had pasaran, volum dagangan, memastikan set tawaran yang pelbagai, dan menyediakan keseimbangan antara penawaran aset yang popular dengan yang memenuhi momen pasaran

Token Decentraland telah melonjak kira-kira 150% pada tahun lalu, dengan kebanyakan keuntungan itu adalah daripada bulan lalu sejak syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Facebook kini Meta.

Metaverse dianggap sebagai fasa seterusnya dalam internet, sebuah dunia digital di mana orang boleh bekerja, berinteraksi dan bermain. Decentraland ialah versi metaverse di mana orang ramai boleh membeli dan menjual barangan maya seperti lot tanah menggunakan token asli platform, MANA. Satu plot tanah baru-baru ini dijual dengan harga kira-kira $2.5 juta, Insider melaporkan pada masa itu.

Public mula menawarkan dagangan crypto pada bulan Oktober di tengah-tengah rally yang meluas dalam aset digital. Pada mulanya, platform hanya membenarkan perdagangan dengan 10 mata wang crypto, termasuk Bitcoin dan Ether. Di tengah-tengah peningkatan epik dalam spinoff dogecoin, shiba inu, platform itu mula menawarkan coin meme yang diilhamkan oleh anjing itu. Pada bulan November, Public menambah 10 lagi coin, termasuk Solana, Terra, Uniswap, Avalanche, Chainlink dan Polygon.

Platform ini telah memperkukuh tawaran cryptonya, berbeza dengan pesaingnya Robinhood, yang telah menangguhkan penambahan lebih banyak aset digital pada senarainya sehingga penjelasan lanjut diberikan mengenai pengawalan mata wang tersebut.

Tajuk: Aplikasi Perdagangan Public Menambah 4 lagi Mata Wang Crypto Termasuk Token Decentraland

Dogecoin Mendahului Carian Paling Popular di Google

Dogecoin Mendahului Carian Paling Popular di Google

  • Dogecoin adalah yang paling banyak dicari dalam enjin carian google di 23 negeri, termasuk Florida, Illinois dan Michigan, menurut penasihat kewangan The Advisor Coach.
  • Populariti Crypto meme ini yang meluas sebahagiannya disumbangkan oleh CEO Tesla, Elon Musk yang telah menggalakkan penggunaan token pada tahun ini.
  • Bitcoin berada di tempat kedua, manakala Ether jatuh ke tempat ketiga, menurut laporan itu.

Tidak dinafikan bahawa 2021 telah menjadi Tahun Mata Wang Kripto. Bitcoin sedang digembar-gemburkan sebagai ‘inflation hedge’ yang setanding dengan emas dan Ether dengan pantas menjadi mata wang Kripto pilihan untuk ‘decentralized finance’, permainan play- to- earn, barangan pengumpul digital, yang dikenali sebagai token tidak boleh tukar (non- fungible token NFT) dan mungkin tidak lama lagi, Metaverse.

Tetapi bukan dua mata wang kripto ini sahaja yang telah menarik minat orang ramai.

Dogecoin, yang diasaskan oleh jurutera perisian Billy Markus dan Jackson Palmers pada tahun 2013 sebagai bahan meme, telah menjadi mata wang Kripto yang paling dicari dalam bilangan terbesar negeri setakat tahun ini, menurut penyelidikan oleh The Advisor Coach, sebuah badan penasihat kewangan. Coin tersebut yang berdasarkan meme internet seekor anjing Shiba Inu Jepun, adalah yang paling banyak mendapat carian Google di 23 negeri, termasuk Florida, Illinois dan Michigan.

Tahun ini, ia menjadi terkenal, yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh ketua eksekutif Tesla, Elon Musk di Twitter. Manusia terkaya di dunia ini merupakan peminat crypto terkenal yang memegang begitu banyak Dogecoin, Bitcoin dan Ether. Musk malah berkata pada Mei tahun ini bahawa dia mungkin menerima Dogecoin sebagai bayaran untuk kenderaan elektrik syarikatnya.

Pada ketika itu, Dogecoin sudah pun digemari di dalam kalangan pengguna Reddit retail traders, yang telah menaikkan nilai coin daripada hampir $0.007 sehingga sekitar $0.07 pada awal tahun dan kenyataan daripada Musk telah menaikkan rekod kepada $0.70. Sejak itu nilai coin berkurangan kepada sekitar $0.24, tetapi ia masih menjadi salah satu Crypto popular pada 2021, dengan keuntungan hampir 5,000% setakat ini.

“Perhatian luar biasa pada crypto ini sebahagiannya dikaitkan dengan kenyataan Elon Musk yang menyatakan bahawa Tesla akan menerima Dogecoin sebagai satu bentuk pembayaran,” kata nota The Advisor Coach pada awal tahun ini.

Penghargaan pedagang Crypto terhadap Musk menjangkau jauh melebihi coin yang dipegangnya dan telah menimbulkan spinoff dogecoin. Bos Tesla juga memiliki Shiba Inu. Kini terdapat coin Shiba Inu, dan juga Floki Inu, yang dinamakan sempena nama anak anjing Musk, Floki.

Sebaliknya, Bitcoin yeang merupakan mata wang kripto perintis dan terbesar, adalah yang paling dicari dalam hanya 10 negeri, termasuk Connecticut, Alaska dan Mississippi, meletakkannya di tempat kedua dalam senarai. Bitcoin telah melonjakkan penggunaan mata wang kripto. Jumlah nilai pasaran aset kripto menghampiri $3 trilion, yang telah meningkat daripada sekitar $500 bilion pada tahun sebelumnya, menurut CoinGecko.

Ether mendapat tempat ketiga, menjadi yang paling dicari di lapan negeri, manakala Shiba Inu jatuh di tempat keempat. Menariknya, shiba inu ialah mata wang kripto yang paling dicari di New York, dimana terletaknya Wall Street dan institusi kewangan paling berkuasa di negara itu.