10 Ramalan Kripto Untuk Tahun 2022

2021 merupakan tahun bersejarah untuk crypto dengan pelbagai peristiwa penting dan nampaknya tahun 2022 akan tidak kurang daripada itu.

Berikut adalah 10 ramalan crypto untuk tahun akan datang:

  1. Syarikat Fortune 500 Dalam Metaverse

Tahun 2021 telah menyaksikan konsep ‘metaverse’ masuk ke dalam arus perdana. Walaupun banyak game dan ekosistem Metaverse telah wujud sejak bertahun-tahun yang lalu, daripada Second Life hinggalah ke Roblox, serta Facebook juga menukarkan namanya kepada Meta pada hujung bulan Oktober 2021 telah membuktikan perkara ini sudah pun berada di hadapan. Ekosistem metaverse semakin hari semakin meningkat. Contoh yang terbaik adalah seperti Decentraland dan The Sandbox, dimana masing-masing telah berkembang dengan pesat. Jangkaan pertumbuhan ini akan berterusan pada 2022, dengan setiap syarikat Fortune 500 cuba memikirkan strategi untuk memiliki metaverse mereka sendiri.

Jika pada 20 tahun yang lalu, setiap perniagaan secara tiba-tiba terpaksa menghasilkan e-dagang atau strategi dalam talian mereka. Kini, setiap syarikat Fortune 500 perlu memikirkan pula strategi metaverse mereka.

2021 adalah tahun dimana satu dunia “menemui” metaverse. 2022 akan menjadi tahun ia bakal menjadi arus perdana.

2. Bank Swasta Mulai Takut Ketinggalan

Tahun lepas kami meramalkan bahawa 2021 akan menyaksikan banyak bank swasta memasuki ruang crypto dan ianya benar-benar telah terjadi. 2021 telah menyaksikan banyak bank- bank swasta, daripada Morgan Stanley hingga ke J.P. Morgan melancarkan produk- produk Bitcoin dan crypto untuk pelanggan mereka.

Produk sedemikian adalah tindak balas kepada permintaan untuk pendedahan kepada aset digital daripada kebanyakan perusahaan persendirian dan dalam kalangan jutawan- jutawan. Di samping itu, produk ini masih menawarkan yuran dan margin yang tinggi untuk bank swasta di mana fee compression menjadi kebiasaan.

Walau produk sedemikian kini dilihat sebagai kelebihan daya saing untuk bank swasta ini, mereka mungkin tidak lama lagi akan bergerak ke era di mana jika institusi kewangan tidak mempunyai sebarang produk crypto, ia akan menjadi simbol kelemahan yang nyata.

Buat masa ini, masih banyak bank swasta yang besar menganggap Bitcoin sebagai aset yang tidak diiktiraf. Diramalkan kebanyakan daripada mereka akan melakukan pusingan 180 darjah dan melancarkan penawaran crypto pada 2022.

3. El Salvador memberi inspirasi kepada orang lain?

2021 juga menyaksikan El Salvador menjadi negara pertama di dunia yang mengiktiraf Bitcoin sebagai tender yang sah. Kesan positif sudah direkodkan: menurut Presiden El Salvador Nayib Bukele, lebih ramai orang di sana kini mempunyai wallet Bitcoin daripada akaun bank, membolehkan 70% penduduk yang menerima kiriman wang dapat berbuat demikian tanpa fee kiriman wang yang berlebihan yang boleh melonjak sehingga 12.5%.

Tidak menghairankan, IMF dan Bank Dunia iaitu organisasi yang diwujudkan semasa persidangan Bretton Woods 1944 (di mana dolar A.S. diterima pakai sebagai mata wang rizab global) sangat menentang langkah sedemikian, secara terbuka memberi amaran kepada El Salvador untuk berbalik arah.

Ramai ahli politik atau penggubal dasar di negara lain yang lebih kecil, terutamanya mereka yang didolarkan atau didolarkan secara de facto seperti Panama, atau mereka yang berada di negara membangun seperti Paraguay, boleh mengikuti jejak El Salvador.

Orang lain mungkin tidak mahu menggunakan Bitcoin setiap masa, tetapi mungkin berminat dengan bentuk mata wang digital yang lain. Sebagai contoh, Palau mengumumkan bahawa ia sedang meninjau untuk melancarkan stablecoin yang disokong kerajaan, sementara Kepulauan Marshall sudah pun meninjau untuk melancarkan mata wang digitalnya sendiri. Dan ini selalunya melangkaui pasaran baru . Sebagai contoh, dengan tinjauan baru-baru ini mendapati bahawa 27% penduduk AS menyokong menjadikan Bitcoin sebagai tender yang sah.

Dijangkakan banyak negara lain akan memantau perkembangan keadaan di El Salvador dengan teliti. Mereka mungkin tidak semestinya secara langsung mengikut jejak negara itu dan mengiktiraf Bitcoin sebagai tender yang sah pada tahun 2022, tetapi dijangkakan perkembangan ini akan menjadi topik yang hangat pada tahun 2022

4. Perkembangan Ethereum

Ethereum ialah kontrak pintar terbesar dan platform lapisan 1 mengikut had pasaran. Walau bagaimanapun, 2021 menunjukkan isu warisannya, daripada kesukaran skalabiliti kepada bayaran yang terlalu tinggi, dengan purata yuran transaksi antara sekitar $4 hingga $70.

Terdapat banyak keyakinan yang mengelilingi Ethereum 2.0, yang, ditambah pula dengan perubahan terkini seperti EIP-1559, telah memacu harga ETH daripada $750 kepada $4,800 pada kemuncaknya tahun ini. Walaupun Ethereum adalah satu-satunya crypto yang menunjukkan pekembangan pesat pada hujung tahun 2017, kini terdapat banyak alternatif kepada Lapisan 1, iaitu daripada Algorand dan Avalanche kepada Solana dan Tezos, yang bukan sahaja memberikan skalabiliti yang lebih baik tetapi juga mempunyai fee yang jauh lebih rendah.

Komuniti crypto boleh dikatakan bersabar dan mempunyai banyak keyakinan terhadap Ethereum. Rangkaian tersebut berisiko untuk kehilangan penggunannya jika peningkatan tidak mengikut jadual yang diharapkan.

5. Perihal Peranan Web 3

Web 1.0 ialah internet statik, diwakili oleh AOL dan Netscape. Web 2.0 ialah internet yang menarik, tetapi dikawal oleh syarikat teknologi besar seperti Meta dan Google. Web 3.0 ialah internet yang decentralized, tetapi juga internet yang membolehkan pengguna mengawal data mereka.

Gabungan NFT, DeFi dan metaverse membawa kita ke arah ekosistem Web 3.0 dan industri gaming mungkin akan menjadi pemangkin tersebut.

Terdapat lebih 2.5 bilion gamers di seluruh dunia, dan kekecewaan telah meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini terhadap kawalan besar yang dilakukan oleh beberapa firma gaming besar, daripada ketidakupayaan pemain – pemain untuk memiliki aset dalam game mereka kepada kekurangan keserasian dengan game lain.

2021 menunjukkan kepada kita kuasa DeFi dan NFT dalam gaming, di samping kuasa model decentralized play- to- earn seperti Axie Infinity serta 2 juta pemain aktif bulanannya. Dengan pelbagai dana yang diterima khas untuk ruang tersebut, jangkaan ruang ini akan membangun dengan pesat. Satu contoh yang baik adalah dana gaming Web 3.0 Solana yang bernilai $150 juta.

6. NFT Akan Menjadi Arus Perdana

2021 menyaksikan NFT menjadi tumpuan ramai, dengan jumlah jualan melepasi $12 bilion. Beberapa jualan besar dan berprofil tinggi telah membuka jalan, daripada jualan $69 juta jpeg Beeple hingga ke jualan berjuta-juta dolar CryptoPunks dan NFT Bored Ape Yacht Club.

Kehangatan berkaitan NFT (dan nilaianya yang setinggi langit) mungkin akan pudar, tetapi realitinya ialah NFT akan terus kekal di sini. Jangkakan mereka akan menjadi lebih arus perdana malah akan muncul dalam interaksi seharian kita.

Kita akan melihat NFT ditampilkan dalam segala-galanya daripada kasut edisi terhad, dompet- dompet mewah kepada tiket- tiket sukan dan koleksi- koleksi dalam game kerana ia akan menjadi standard pada masa akan datang.

Persoalan besar di sini berkaitan pertimbangan undang-undang, cukai dan perakaunan di sekitar NFT tersebut, yang masih tidak jelas. Dari perspektif undang-undang, apakah pertimbangan mengenai harta intelek atau hak pengguna? Dari perspektif perakaunan, adakah NFT mewakili hak pelesenan IP atau aset tidak ketara (intangible assets)? Dari perspektif cukai, apakah pertimbangan sekitar hasil daripada penerbitan NFT ataupun royalti?

Tinjauan oleh PwC baru-baru ini mendapati bahawa hanya 7% daripada pihak berkuasa di seluruh dunia menyediakan sebarang bentuk panduan cukai mengenai NFT. Pada tahun 2022, ini perlu diubah. Panduan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pihak berkuasa atau pengawal selia tetapi juga kepada orang awam.

7. Perhatian Tertumpu Pada China dan e-CNY

2021 ialah tahun yang baik untuk CBDC (Central Bank Digital Currency). Kita bukan sahaja melihat projek inovatif dalam bidang CBDC wholesale, dari Projek mCBDC Bridge Hong Kong ke Projek Dunbar Singapura, kita juga melihat banyak CBDC runcit terbentuk, dari eNaira Nigeria hingga ke Bahamas Sand Dollar.

Tetapi semua mata pada tahun 2022 akan tertumpu pada China dengan pelancaran e-CNY yang akan datang. Negara tersebut telah memproses sekitar $9.7 bilion dalam transaksi e-CNY melalui pelbagai perintisnya. Lebih 140 juta penduduk China sudah mempunyai wallet e-CNY mereka.

Pengharaman mata wang crypto yang terkini di China serta perlangsungan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing pada Februari 2022 akan membuka jalan untuk pelancaran e-CNY awal tahun depan. Ini akan menjadi detik bersejarah dalam sejarah mata wang.

8. Persaingan DEX Crypto Centralized Exchange

Seperti yang kami ramalkan tahun lepas, DeFI meneruskan pertumbuhan pesatnya pada 2021, dengan Total Value Locked (TVL) berkembang daripada hanya $22 bilion pada akhir 2020 kepada lebih $250 bilion hari ini.

DeFi tanpa ragu-ragu adalah salah satu platform yang paling menarik dalam kewangan hari ini, dengan tawaran baharu daripada decentralized exchange dan pinjaman, kepada pengurusan aset dan malah tawaran insurans ditambah baik setiap hari.

Beberapa features DeFi, seperti composability, memberi peluang untuk menambah baik perkhidmatan kewangan, sesuatu yang kita tidak berpeluang melakukan dalam beberapa dekad.

Dan ini bukan sahaja menarik penambahan aset tetapi juga bakat- bakat daripada minda genius dalam ruang ini.

DeFi akan memberi kesan bukan sahaja kepada pembiaya tradisional tetapi juga centralized exchange, terutamanya akan menjadi lebih mesra pengguna apabila berdagang pada DEX. Platform centralized akan terus wujud dan memainkan peranan yang besar, terutamanya sebagai fiat on-ramp dan untuk pendatang baharu, tetapi mereka perlu kejar untuk bersekedudukan dengan DEX.

9. A.S. Menguasai Bitcoin Mining & Membantu ESG

Sehingga Julai 2021, sekitar 65% Bitcoin mining secara global berlaku di China. Berikutan pengharaman itu, hampir semua aktiviti ini berpindah ke negara- negara yang lebih mesra kepada Bitcoin mining, seperti Amerika Syarikat, Rusia, Kazakhstan dan Kanada.

Amerika Syarikat telah pun menjadi Bitcoin miner terbesar di dunia, dengan share aktivitinya melonjak daripada 4% pada akhir 2019 kepada lebih daripada 35% berikutan pengharaman itu. Dengan beberapa ketidaktentuan kawal selia di negara seperti Kazakhstan, jangkaan share AS dalam aktiviti mining akan terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang.

Kelebihan utama di sini ialah Bitcoin akan menjadi lebih hijau. Kira-kira 57% daripada Bitcoin mining di seluruh dunia hari ini memanfaatkan tenaga yang boleh diperbaharui. Menurut Bitcoin Mining Council, sebuah kumpulan industri, peratusan ini lebih tinggi di Amerika Syarikat. Bitcoin mining akhirnya boleh mempercepatkan perkembangan tenaga boleh diperbaharui. Ini juga boleh membantu dalam menangani debat ESG yang semakin hampir.

Ramai pada mulanya menganggap pengharaman Bitcoin di China sebagai sesuatu perkara yang negatif. Tetapi ia mungkin salah satu pemangkin positif terbesar dalam industri kita. Jangkakan untuk melihat hasil positif pada tahun 2022.

10. Crypto M&A menukarkan crypto unicorn menjadi sotong

Seperti yang kami ramalkan tahun lepas, 2021 ternyata menjadi tahun rekod untuk M&A crypto. Menurut beberapa sumber data, M&A crypto 2021 berjumlah lebih daripada $25 bilion dalam nilai.

Jagkaan ini akan berterusan pada tahun 2022, terutamanya dengan crypto unicorn yang semakin berubah menjadi crypto octopus dengan membelanjakan sebahagian daripada keuntungan pasaran bull mereka dan memperoleh atau melabur dalam firma yang menawarkan perkhidmatan sampingan kepada tawaran semasa mereka.

Khususnya, firma yang menawarkan akses kepada komuniti runcit, ekosistem, kandungan dan/atau data harus menjadi sasaran yang menarik untuk beberapa platform crypto ini. Begitu juga dengan firma yang dikawal selia dalam pasaran utama, sekali gus membolehkan akses kepada strategi pasaran dengan lebih pantas.

Selain itu, jangkaan beberapa firma perkhidmatan kewangan yang lebih besar, terutamanya yang lewat untuk memulakan perjalanan crypto mereka, akan mula mencari potensi mereka dalam ruang tersebut.

Pada tahun 2022, parti M&A crypto masih belum tamat!

Tajuk: 10 Ramalan Kripto Untuk Tahun 2022

Bitcoin Turun $9K dalam Sejam; El Salvador Sekali Lagi Bertindak

Bitcoin Turun $9K dalam Sejam; El Salvador Sekali Lagi Bertindak

Harga bitcoin menjunam jatuh awal pagi Sabtu, penurunan hampir $10,000 dalam kira-kira sejam ke paras terendah $42,000 sebelum melantun naik ke $45,000.

Bitcoin telah jatuh kira-kira $15,000 dalam tempoh 48 jam yang lalu. Ether, mata wang Crypto kedua terbesar mengikut permodalan pasaran, jatuh sekitar $1,100 dalam tempoh masa yang sama.

Mata wang Crypto terkemuka itu menunjukkan penurunan yang lebih tinggi dalam pasaran Crypto, menurut indeks harga CoinDesk, dengan beberapa mata wang Crypto jatuh lebih daripada 20% dalam tempoh 48 jam yang lalu. Kebanyakan aset ini nampaknya mengalami kemerosotan mendadak bermula sekitar 04:00 UTC Sabtu.

Menurut CoinGecko, paras pasaran keseluruhan pada masa ini berlegar sekitar $2 trilion.

Penjualan pasaran spot nampaknya telah mendorong mata wang Crypto untuk turun lebih rendah sebelum mencetuskan stop loss yang besar dalam pasaran derivatif.

“Setakat ini saya telah melihat lebih daripada 4000 BTC dijual yang mendorong pasaran untuk turun secara mendadak,” Laurent Kssis, pakar dana dagangan- pertukaran Crypto dan pengarah CEC Capital. “Malah, 1,500 BTC sahaja telah dijual dalam masa kurang daripada satu minit pada masa penurunan itu.”

Data yang disediakan oleh Coinglass menunjukkan penurunan harga telah mencetuskan hampir $600 juta future position Bitcoin dalam masa kurang dari satu jam. Pasaran kelihatan lebih leveraj pada awal minggu ini dengan open interest (OI) dinaikkan dari segi bitcoin.

“OI dalam denominasi Bitcoin kini kekal melebihi 365,000 BTC selama lebih sebulan. Ia bukan perkara biasa untuk melihat OI yang begitu tinggi dikekalkan untuk tempoh yang begitu lama. Ini menunjukkan bahawa pasaran pada masa ini terlalu tepu dengan leveraj, ” kata nota mingguan Arcane Research.

Tether (USDT), stablecoin terbesar di dunia mengikut nilai pasaran, menyaksikan lonjakan singkat kepada $1.025 di bursa Coinbase yang tersenarai di Nasdaq, beralih daripada 1:1 peg biasa.

Semasa penurunan harga yang mendadak, peniaga biasanya menganggap Tether sebagai Coin yang selamat, memandangkan nilainya ditetapkan pada dolar A.S., sebuah aset kurang risiko secara tradisional.

Kejatuhan market ke tahap terendah sejak akhir September berlaku berikutan ketidakpastian yang disebabkan oleh varian Omicron COVID-19 dan ketidakselesaan Rizab Persekutuan (Federal Reserves, Fed) yang semakin meningkat akibat inflasi yang tinggi. Pada hari Selasa, Pengerusi Fed Jerome Powell menghentikan kata-kata sementara daripada perbincangan inflasi dan memaklumkan pihak bank pusat mungkin mempertimbangkan

Walaupun begitu, ada yang menggunakan penurunan ini sebagai peluang untuk “membeli dip tersebut.” Presiden El Salvador Nayib Bukele, yang negaranya memegang bitcoin pada balance sheet dan telah membeli coin semasa penurunan sebelumnya, mengumumkan pembelian lagi sebanyak 150 BTC untuk sekitar $48,700 setiap satu.

El Salvador Bakal Membangunkan Bitcoin City

El Salvador Bakal Membangunkan Bitcoin City

LA LIBERTAD, El Salvador — Presiden El Salvador Nayib Bukele mengumumkan bahawa kerajaannya akan membina “Bitcoin City” di tepi lautan di dasar gunung berapi.

Bukele menggunakan persidangan bitcoin BTCUSD, -3.41% pada sabtu malam lepas untuk melancarkan idea terbarunya, sama seperti yang beliau umumkan pada persidangan Bitcoin di Miami sebelum ini yang mana beliau membuat kejutan dengan mengumumkan El Salvador akan menjadi negara pertama yang menjadikan mata wang kripto itu sebagai matawang rasmi.

Tawaran bon akan berlaku pada 2022 sepenuhnya dalam Bitcoin, kata Bukele. Selepas 60 hari pembiayaan disediakan, pembinaan akan bermula.

Bandar ini akan dibina berhampiran gunung berapi Conchagua bertujuan untuk memanfaatkan tenaga geoterma bagi menggerakkan kedua-dua bandar dan perlombongan bitcoin — satu penyelesaian intensif tenaga bagi pengiraan matematik yang kompleks 24 jam sehari demi kelancaran transaksi mata wang yang berlaku.

Kerajaan sudah pun menjalankan usaha perlombongan bitcoin perintis di loji kuasa geoterma lain berhampiran gunung berapi Tecapa.

Gunung berapi Conchagua berada di tepi lautan di tenggara El Salvador di Teluk Fonseca.

Kerajaan akan menyediakan tanah dan infrastruktur serta kerja untuk menarik pelabur.

Satu-satunya cukai yang dikutip di sana ialah cukai nilai tambah, separuh daripadanya akan digunakan untuk membayar bon perbandaran dan selebihnya untuk infrastruktur dan penyelenggaraan perbandaran. Bukele berkata tidak akan ada cukai barangan, pendapatan atau cukai perbandaran dan bandar itu akan mempunyai sifar pelepasan karbon dioksida.

Bandar ini akan menarik minat ramai pelaburan asing dengan dilengkapi kawasan perumahan, pusat membeli-belah, restoran dan pelabuhan, Beliau juga menerangkan dengan jelas perancangan- perancangan umum lain seperti pendidikan digital, teknologi dan pengangkutan awam yang mampan.

“Melaburlah di sini dan dapatkan semua wang yang anda mahukan,” kata Bukele kepada orang ramai yang bersorak dalam bahasa Inggeris pada penutupan Bitcoin Amerika Latin dan Persidangan Blockchain yang diadakan di El Salvador.

Bitcoin telah menjadi tender yang sah bersama dolar AS sejak 7 September.

Kerajaan menyokong bitcoin dengan dana $150 juta. Untuk memberi insentif kepada rakyat Salvador untuk menggunakannya, kerajaan menawarkan kredit bernilai $30 kepada mereka yang menggunakan wallet digitalnya.

Pengkritik telah memberi amaran bahawa kekurangan ketelusan mata wang itu boleh menarik peningkatan aktiviti jenayah ke negara itu dan perubahan nilai mata wang digital itu akan menimbulkan risiko kepada mereka yang memegangnya.

Bitcoin pada asalnya dicipta untuk beroperasi di luar sistem kewangan yang dikawal kerajaan dan Bukele berkata ia akan membantu menarik pelaburan asing ke El Salvador dan menjadikannya lebih murah untuk rakyat Salvador yang tinggal di luar negara untuk menghantar wang pulang kepada keluarga mereka.

Kebimbangan di kalangan pembangkang Salvador dan pemerhati luar telah meningkat tahun ini apabila Bukele telah bergerak untuk menyatukan kuasa.

Pengundi memberikan parti presiden yang sangat popular itu kawalan ke atas kongres awal tahun ini. Penggubal undang-undang baharu segera menggantikan ahli dewan perlembagaan Mahkamah Agung dan peguam negara, membuatkan parti Bukele dapat mengawal cabang kerajaan yang lain.

Kerajaan A.S. sebagai tindak balas berkata ia akan mengalihkan bantuannya daripada agensi kerajaan kepada organisasi masyarakat . Bulan ini, Bukele menghantar cadangan kepada kongres yang memerlukan organisasi yang menerima pembiayaan asing mendaftar sebagai ejen asing.