Jika Metaverse Menjadi Fenomena Pada Masa Akan Datang, Maka NFT Akan Memainkan Peranan Asas

DeFi Akan Pupus Dalam Tempoh 5 Hingga 10 Tahun Akan Datang - Pengasas Cardano
DeFi Akan Pupus Dalam Tempoh 5 Hingga 10 Tahun Akan Datang - Pengasas Cardano
  • Pencipta Nifty Gateway, Griffin Cock Foster adalah salah seorang yang paling berpengaruh dalam ruang NFT tahun ini.
  • Beliau berkata gambaran jangka panjang untuk NFT adalah kukuh, terutamanya jika metaverse membuahkan hasil.
  • Bagi mereka yang menolak, dia berkata mereka akan menerima NFT suatu hari nanti, sama seperti yang terjadi dengan internet.

Pasaran untuk non- fungible tokens meletup pada tahun 2021, tetapi itu baru permulaan, menurut salah seorang kembar di Nifty Gateway — sebuah exchange NFT yang terkenal kerana menjual karya daripada Beeple dan Grimes.

“Gambaran jangka panjang untuk NFT benar-benar kuat, ” kata Griffin Cock Foster kepada Insider. “Saya meramalkan dalam 5 atau 10 tahun akan datang, kemungkinan besar collecting dan trading NFT akan berkembang jauh lebih besar daripada hari ini.”

Cock Foster, bersama kembar seirasnya Duncan, digelar sebagai nombor 29 paling berpengaruh dalam pasaran NFT pada 2021 oleh Fortune. Kedua-duanya melancarkan Nifty Gateway tiga tahun lalu dan telah menyaksikan keseluruhan pasaran NFT meletup, menerima jualan $17.7 bilion pada tahun ini sahaja.

Selepas menjual platform mereka kepada Gemini pada 2019, pasangan bekas pendayung itu kini bekerja “sangat rapat” dengan satu lagi kembar yang terkenal: Tyler dan Cameron Winklevoss.

Griffin memberitahu Insider bahawa dia dan abangnya sentiasa percaya bahawa NFT akan memberi impak besar kepada dunia. Cuma dia tidak tahu ia akan berlaku secepat ini. Selebriti, atlet dan jenama- jenama terkenal telahpun melibatkan diri dalalm karya seni digital yang terikat pada blockchain. Sesetengahnya, seperti Beeple, telah menghasilkan berjuta-juta dolar.

“Kami sangat terkejut dengan betapa cepatnya NFT berkembang dan betapa cepatnya mereka berjaya menangkap imaginasi dunia dan budaya,” kata Griffin.

Bagi penentang, seperti mereka yang “klik kanan” dan memuat turun imej NFT secara percuma, Griffin berkata mereka akan menerima juga suatu hari nanti — sama seperti bagaimana penentang internet akhirnya menerima internet pada hari-hari awal web. Sebaik sahaja semua faedah menjadi jelas, lebih ramai orang akan menyertai, katanya.

“Tiga tahun lalu, terdapat keadaan yang sangat serupa kerana terdapat sekumpulan orang yang membeli NFT dan sekumpulan orang lagi mengatakan bahawa NFT adalah perkara bodoh dan tidak bernilai, ” kata Griffin. “Dan satu-satunya perkara yang benar-benar berubah sejak dua tahun kebelakangan ini ialah saya telah melihat bilangan orang yang menerima NFT semakin meningkat dengan pesat.”

Kelebihan NFT telah menjadi lebih jelas kerana konsep metaverse telah mendapat perhatian orang awam. Konsep itu bermula selepas syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Facebook menjenamakan semula kepada Meta Platforms sebagai tanda dorongannya ke internet masa hadapan di mana orang ramai boleh berinteraksi secara maya.

Griffin, antara yang lain, berkata NFT adalah kunci untuk memasuki metaverse kerana ia memberikan hak pemilikan individu dalam dunia digital. Dunia maya seperti Decentraland, di mana orang ramai boleh membeli hartanah yang minted pada blockchain, adalah antara eksperimen pertama dalam metaverse, katanya.

“Jika metaverse menjadi sebesar yang Meta bayangkan ia akan berlaku, maka NFT akan memainkan peranan asas dalam hal itu,” katanya.

Buat masa ini, billionaires dan guru teknologi sedang berdebat mengenai masa depan internet dan sama ada ia akan mencapai tahap seperti yang dikatakan penggalak.

Sementara itu, sekumpulan produk crypto — termasuk NFT, bitcoin, dan organisasi autonomi decentralized — mempunyai masa depan yang kukuh, kata Griffin. Tetapi jangkakan volatility yang berterusan.

“Jika saya telah belajar satu perkara dalam crypto, ianya adalah untuk mengharapkan perkara yang tidak dapat dijangka dan hanya berfikiran terbuka,” katanya. “Sesuatu yang sangat hebat akan berlaku yang saya tidak dapat meramalkan dan itulah yang menjadikannya begitu hebat.”