Dogecoin Mendahului Carian Paling Popular di Google

Dogecoin Mendahului Carian Paling Popular di Google

  • Dogecoin adalah yang paling banyak dicari dalam enjin carian google di 23 negeri, termasuk Florida, Illinois dan Michigan, menurut penasihat kewangan The Advisor Coach.
  • Populariti Crypto meme ini yang meluas sebahagiannya disumbangkan oleh CEO Tesla, Elon Musk yang telah menggalakkan penggunaan token pada tahun ini.
  • Bitcoin berada di tempat kedua, manakala Ether jatuh ke tempat ketiga, menurut laporan itu.

Tidak dinafikan bahawa 2021 telah menjadi Tahun Mata Wang Kripto. Bitcoin sedang digembar-gemburkan sebagai ‘inflation hedge’ yang setanding dengan emas dan Ether dengan pantas menjadi mata wang Kripto pilihan untuk ‘decentralized finance’, permainan play- to- earn, barangan pengumpul digital, yang dikenali sebagai token tidak boleh tukar (non- fungible token NFT) dan mungkin tidak lama lagi, Metaverse.

Tetapi bukan dua mata wang kripto ini sahaja yang telah menarik minat orang ramai.

Dogecoin, yang diasaskan oleh jurutera perisian Billy Markus dan Jackson Palmers pada tahun 2013 sebagai bahan meme, telah menjadi mata wang Kripto yang paling dicari dalam bilangan terbesar negeri setakat tahun ini, menurut penyelidikan oleh The Advisor Coach, sebuah badan penasihat kewangan. Coin tersebut yang berdasarkan meme internet seekor anjing Shiba Inu Jepun, adalah yang paling banyak mendapat carian Google di 23 negeri, termasuk Florida, Illinois dan Michigan.

Tahun ini, ia menjadi terkenal, yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh ketua eksekutif Tesla, Elon Musk di Twitter. Manusia terkaya di dunia ini merupakan peminat crypto terkenal yang memegang begitu banyak Dogecoin, Bitcoin dan Ether. Musk malah berkata pada Mei tahun ini bahawa dia mungkin menerima Dogecoin sebagai bayaran untuk kenderaan elektrik syarikatnya.

Pada ketika itu, Dogecoin sudah pun digemari di dalam kalangan pengguna Reddit retail traders, yang telah menaikkan nilai coin daripada hampir $0.007 sehingga sekitar $0.07 pada awal tahun dan kenyataan daripada Musk telah menaikkan rekod kepada $0.70. Sejak itu nilai coin berkurangan kepada sekitar $0.24, tetapi ia masih menjadi salah satu Crypto popular pada 2021, dengan keuntungan hampir 5,000% setakat ini.

“Perhatian luar biasa pada crypto ini sebahagiannya dikaitkan dengan kenyataan Elon Musk yang menyatakan bahawa Tesla akan menerima Dogecoin sebagai satu bentuk pembayaran,” kata nota The Advisor Coach pada awal tahun ini.

Penghargaan pedagang Crypto terhadap Musk menjangkau jauh melebihi coin yang dipegangnya dan telah menimbulkan spinoff dogecoin. Bos Tesla juga memiliki Shiba Inu. Kini terdapat coin Shiba Inu, dan juga Floki Inu, yang dinamakan sempena nama anak anjing Musk, Floki.

Sebaliknya, Bitcoin yeang merupakan mata wang kripto perintis dan terbesar, adalah yang paling dicari dalam hanya 10 negeri, termasuk Connecticut, Alaska dan Mississippi, meletakkannya di tempat kedua dalam senarai. Bitcoin telah melonjakkan penggunaan mata wang kripto. Jumlah nilai pasaran aset kripto menghampiri $3 trilion, yang telah meningkat daripada sekitar $500 bilion pada tahun sebelumnya, menurut CoinGecko.

Ether mendapat tempat ketiga, menjadi yang paling dicari di lapan negeri, manakala Shiba Inu jatuh di tempat keempat. Menariknya, shiba inu ialah mata wang kripto yang paling dicari di New York, dimana terletaknya Wall Street dan institusi kewangan paling berkuasa di negara itu.