Masa Depan Crypto Kelihatan Cerah

Masa Depan Crypto Kelihatan Cerah

Pertukaran mata wang kripto Coinbase telah menegaskan bahawa sektor mata wang digital mempunyai masa depan yang cerah walaupun pasaran tidak menentu dalam jangka masa terdekat.

Dalam catatan blog yang diterbitkan pada 28 Januari, Coinbase mengulangi bahawa market correction semasa tidak mencapai tahap crypto winter 2018, mengekalkan asas penting untuk terus memacu pertumbuhan dalam sektor itu.

Menurut platform dagangan tersebut, asas semasa adalah sama dengan market rally 2017 yang menjadi punca untuk kenaikan baru-baru ini.

Coinbase memetik aspek seperti tumpuan berterusan pada Web3 di samping peningkatan kes penggunaan dalam DeFi, NFT, DAO, gaming dan metaverse.

“Pasaran kelihatan tidak menentu dalam tempoh terdekat, tetapi masa depan kelihatan lebih cerah berbanding sebelum ini,” kata exchange itu.

Coinbase Ventures Memberi Tumpuan Kepada Produk- Produk Kripto Yang Baru Muncul

Selaras dengan unjuran pertumbuhan, exchange investment, portfolio Coinbase Ventures, telah mempelbagaikan kemasukannya ke dalam pelbagai produk crypto yang meliputi lebih 250 syarikat.

Usaha niaga itu lebih tertumpu dalam centralized fincance dengan saham sebanyak 23%, sama seperti decentralized finance. Protocols dan Web3 mempunyai saham sebanyak 20%.

Menariknya, exchange itu semakin terlibat dalam metaverse, memperuntukkan 17% daripada portfolio venture-nya kepada konsep baharu. Saham ini serupa dengan non- fungible tokens (NFT).

Coinbase menyatakan bahawa aplikasi metaverse mungkin akan beralih daripada inisiatif decentralized kepada syarikat tradisional seperti Microsoft dan Meta.

Tambahan pula, exchange itu menekankan bahawa pertumbuhan sektor mata wang kripto adalah disebabkan oleh aliran masuk modal ke dalam ruang yang didorong terutamanya oleh institusi. Sepanjang 2021, sektor mata wang kripto menarik $30 bilion daripada pembiayaan venture, lebih daripada semua tahun sebelumnya.

Sebaliknya, broker crypto itu mengakui bahawa DeFi adalah penting kepada pertumbuhan pasaran crypto pada tahun 2021, tetapi ruang itu datang dengan beberapa kelemahan.

Dengan eksploitasi daripada DeFi berjumlah lebih daripada $10 bilion kerugian, Coinbase menyatakan bahawa tumpuan harus diberikan untuk meningkatkan perlindungan pengguna.

Selain itu, platform exchange itu menunjukkan bahawa peraturan undang -undang akan menjadi tema dominan dalam ruang crypto sepanjang 2022.