Pelancaran NFT Pertama Adidas Memperoleh $23 Juta

Usaha NFT pertama oleh Adidas nampaknya telah berjaya. Menurut The Block, kerjasama antara Bored Ape Yacht Club, Gmoney dan Punks telah memperoleh lebih daripada $23 juta dalam Ethereum, dengan fasa “akses awal” memperoleh sebanyak $15.5 juta dan $7.5 juta dalam jualan umum. Dengan itu, pelancaran itu menghasilkan hampir 30,000 NFT (mint) walaupun terdapat gangguan yang menyebabkan Adidas menghentikan transaksi awal.

Jumlah itu mungkin tidak besar untuk jenama yang terkenal itu, tetapi Adidas berjaya mencapai keuntungan bersamaan $538.4 juta pada suku terbarunya — $23 juta daripada keluaran digital yang terhad itu adalah sesuatu yang besar. Jika terdapat lebih banyak jualan seperti ini, ia akan meningkatkan keuntungan Adidas sambil mempromosikan NFT yang sebelum ini dikhaskan untuk kasut.

Hasilnya, terdapat kemungkinan besar anda akan melihat lebih banyak keluaran NFT, apatah lagi penglibatan Adidas yang lebih besar dalam metaverse. Bukannya seperti jenama itu mempunyai pilihan lain. Nike, salah satu saingannya yang paling jelas telah membeli RTFKT untuk meningkatkan penglibatannya dengan NFT dan koleksi metaverse seperti kasut dan Adidas berisiko untuk menyerah kalah jika ia tidak bersaing.

Tajuk: Pelancaran NFT Pertama Adidas Memperoleh $23 Juta

Token SAND, MANA Meningkat Apabila Pedagang Crypto Bertaruh pada Potensi ‘Metaverse’

Token SAND, MANA Meningkat Apabila Pedagang Crypto Bertaruh pada Potensi ‘Metaverse’

Dunia maya (virtual world) sedang menceroboh masuk dunia mata wang maya (virtual currency).

Sambutan yang tinggi terhadap nilai “Metaverse” yang belum diterokai telah menghantar token seperti SAND Sandbox, MANA Decentraland dan lain-lain ke paras tertinggi sepanjang bulan November di tengah-tengah waktu peningkatan minat daripada pedagang mata wang Crypto dan Wall Street.

Metaverse ialah dunia digital yang menggabungkan unsur- unsur realiti augmented dan virtual, internet, permainan, seni, budaya dan rangkaian sosial. Untuk mnyertai dunia ini biasanya memerlukan pengguna untuk menggunakan token mata wang Crypto atau membeli objek dalam dunia maya, yang biasanya dijual sebagai Non- Fungible Tokens (NFT).

Peningkatan harga berikutan pengumuman Facebook pada bulan Oktober bahawa ia akan dijenamakan semula sebagai Meta, dengan misi baharu yang bertujuan untuk “menghidupkan Metaverse.”

Pengumuman Facebook menimbulkan minat daripada korporat- korporat, pelabur- pelabur hartanah, venture capitalists (VC) dan juga beberapa negara ketika mereka berlumba-lumba untuk menuntut pegangan mereka dalam frontier baharu Crypto yang paling hangat.

Sandbox, sebuah platform permainan maya yang berasaskan Ethereum, telah menyaksikan token SANDnya melonjak daripada $1.55 kepada $6.79 pada bulan November, peningkatan kira-kira 350%.

SAND telah meningkat selepas peruncit pakaian sukan Adidas memuat naik tweet tentang membina “adiVerse” di dalam dunia maya The Sandbox. Tweet tersebut boleh dilihat disini.

Token MANA Decentraland yang bersaing di Metaverse meningkat daripada $2.81 kepada $4.67 pada bulan itu, peningkatan sebanyak 66%, menurut penyedia data, Messari.

Decentraland menjadi tajuk utama pada bulan November apabila negara Barbados berkata ia sedang bersedia untuk menubuhkan kedutaan maya di Metaverse Decentraland, merapatkan dunia diplomasi antarabangsa dengan hartanah digital.

Sehingga pagi Rabu, token MANA, Decentraland dan SAND, The Sandbox disenaraikan sebagai mata wang Crypto terbesar ke-40 dan ke-41 mengikut market capitalization (permodalan pasaran), menurut data daripada CoinGecko.

Pedagang Crypto dan juga penganalisis Wall Street membuat spekulasi mengenai nilai komersial Metaverse yang belum diterokai, dengan beberapa pegawai industri menggembar-gemburkan potensinya untuk merevolusikan pengalaman digital dan peribadi.

Metaverse satu peluang $1 trilion?


Metaverse “secara asasnya boleh mengubah medium yang kita gunakan untuk bersosial dengan orang lain, menonton persembahan muzik, melibatkan diri dengan jenama-jenama fesyen, belajar dan/atau membuat spekulasi tentang aset digital seperti NFT atau skin dalam permainan,” tulis Morgan Stanley dalam sebuah laporan.

Pengurus aset digital Grayscale berkata ekonomi Metaverse boleh meraih lebih $1 trilion hasil tahunan. (Grayscale dimiliki oleh Digital Currency Group, syarikat induk CoinDesk.)

Satu lagi laporan oleh Bank of America yang memetik Bloomberg Intelligence berkata Metaverse itu boleh menjadi peluang pasaran $800 bilion menjelang 2024.

Kerana ketidakpastian tentang token mana yang akhirnya akan menjadi paling bernilai, segelintir pelabur telah melindung nilai pertaruhan mereka dengan membeli beberapa projek Metaverse.

Somnium Space, satu lagi dunia realiti maya yang berasaskan Ethereum, menyaksikan token CUBEnya meningkat sebanyak 66% pada bulan tersebut.

Harga Loopring


Token LRC Loopring meningkat sebanyak 189% selepas khabar angin tersebar mengenai partnership bersama peruncit permainan video GameStop berkaitan Metaverse.

Selain itu, token ILV Illuvium dan projek realiti maya yang tertumpu kepada seni, token WILD Wilder World melonjak sebnayak 84% dan 67% masing masing.

“Terdapat beberapa Metaverse popular yang menonjol dan Metaverse Group memiliki lot tanah berasaskan NFT di dalamnya,” kata co- founder Token.com dan CEO Andrew Kiguel kepada CoinDesk. Metaverse Group, sebuah anak syarikat Tokens.com, ialah firma pelaburan hartanah yang memfokuskan secara eksklusif pada hartanah Metaverse dan menawarkan amanah pelaburan hartanah Metaverse yang pertama.

Kumpulan itu membayar 618,000 token MANA (kira-kira $2.4 juta) untuk sebidang tanah di Decentraland minggu lepas, menetapkan rekod untuk perolehan tanah terbesar yang pernah ada dalam mana-mana Metaverse. Anda boleh melihat tentang tweet tersebut disini.

“Pulangan pelaburan kami akan berdasarkan penghargaan terhadap tanah yang kami pegang dan juga keupayaan kami untuk membangunkan tanah kami dan menyewakannya kepada kumpulan yang berminat untuk menonjolkan dirinya dalam Metaverse,” kata Kiguel.

Walaupun landskap Metaverse tidak sempurna pada peringkat permulaannya, pelabur- pelabur bertaruh akan ada lebih ramai pemain institusi yang akan mengikuti Adidas dan Barbados.

“Pelabur tidak sepatutnya menyalahkan satu kekurangan Metaverse yang kohesif dengan ketiadaan sebarang Metaverse,” Morgan Stanley memberi amaran.