The Best AI Robot For Trading Crypto

5%-300% INCOME SETIAP HARI DENGAN TRADE CRYPTO SECARA KONSISTEN SECARA AUTOMATIK

Kepada Ahli-Ahli Yang Mendaftar Melalui Website Ini, Sila Whatsapp Saya ID Royal Q Anda Untuk DiMasukkan Ke Dalam Group Telegram...Terima Kasih

Penjenayah Menahan Tebusan Di Amsterdam & Menuntut €200J Dalam Bentuk Crypto (Video)

Penjenayah Menahan Tebusan Di Amsterdam & Menuntut €200J Dalam Bentuk Crypto (Video)

Berikutan krisis tebusan selama 5 jam di kedai utama Apple di Amsterdam, di mana seorang lelaki bersenjata mengambil seorang pekerja dan pelanggan sebagai tebusan, pelaku tersebut akhirnya telah ditangkap oleh polis.

Pada hari Selasa, 22 Februari, kira-kira jam 5.30 petang, seorang lelaki berusia 27 tahun masuk ke Kedai Apple Amsterdam di Leidseplein dengan pistol dan senapang automatik. Dia juga memakai apa yang kelihatan seperti jaket bom di tempat kejadian.

Sebaik sahaja dia berjalan melalui pintu kedai, penyerang tersbut menangkap seorang pelanggan dan menahannya dengan todongan senjata (gunpoint), menjadikan dia serta 70 yang lain sebagai tebusan selama beberapa jam, dan menuntut €200 juta dalam mata wang kripto sebagai pertukaran untuk pembebasan mereka.

Lihat videonya disini.

Polis Belanda menulis:

“Di dalam, suspek segera menjadikan seorang sebagai tebusan. Dia sendiri menghubungi polis melalui telefon dan menuntut €200 juta (≈RM 947 juta) dalam mata wang kripto dan laluan keluar selamat dari premis itu. Suspek telah menahan tebusan secara berterusan dengan diacukan senjata dan dia juga mengugut untuk meletupkan dirinya.”

Bagaimanakah Penjenayah Itu Ditangkap?

Kira-kira 70 tebusan berjaya diselamatkan dari premis itu pada jam 8.30 malam; bagaimanapun, penjenayah itu kekal di dalam dengan tebusan asal, seorang lelaki berusia 44 tahun dari United Kingdom.

2 jam kemudian, kira-kira jam 10.30 malam, penembak itu didakwa menghampiri pegawai berkenaan dan meminta air minuman. Dalam masa yang diambil oleh tebusan untuk membuka kunci pintu dan mendapatkan minumannya, tebusan itu berjaya melarikan diri.

Apabila penembak itu mengekori tebusan itu, dia telah dirempuh oleh BMW X5 berperisai yang dipandu oleh pegawai di tempat kejadian milik Special Interventions Service (DSI).

Lihat video tersebut disini.

Polis Amsterdam berkata dalam tweet awal pada hari Rabu, 23 Februari:

“Suspek telah dibawa ke hospital. Buat masa ini, kami masih menjalankan siasatan yang meluas di Apple Store di Leidseplein.”

Pada petang Selasa, imej dan video tawanan serta tebusan mula tersebar di media sosial, dengan satu gambar menunjukkan dua individu itu duduk bersama di dalam kedai.

Polis berkata mereka masih menyiasat “semua kemungkinan situasi,” walaupun mereka percaya lelaki itu bertindak bersendirian.

Leave a Reply

Your email address will not be published.