The Best AI Robot For Trading Crypto

5%-300% INCOME SETIAP HARI DENGAN TRADE CRYPTO SECARA KONSISTEN SECARA AUTOMATIK

Kepada Ahli-Ahli Yang Mendaftar Melalui Website Ini, Sila Whatsapp Saya ID Royal Q Anda Untuk DiMasukkan Ke Dalam Group Telegram...Terima Kasih

Crypto Exchange Bitmart Digodam Dengan Kerugian $196J USD

Crypto Exchange Bitmart Digodam Dengan Kerugian $196J USD

Godaman centralized exchange terkini mungkin antara yang paling dahsyat setakat ini kerana Bitmart telah kehilangan $196 juta dalam pelbagai mata wang crypto.

Tweet daripada analisis keselamatan firma Peckshield mula memberi perhatian kepada dakwaan penggodaman tersebut pada malam Sabtu. Salah satu address Bitmart pada masa ini menunjukkan pengaliran keluar stabil keseluruhan baki token, beberapa darinya bernilai puluhan juta dolar, ke address yang kini dilabelkan oleh Etherscan sebagai “Penggodam Bitmart.”

Dalam tweet susulan, Peckshield menganggarkan kerugian sebanyak $100 juta dalam pelbagai mata wang crypto pada blockchain Ethereum dan $96 juta pada Binance Smart Chain.

Penggodam tersebut telah menggunakan agregator decentralized exchange (DEX) 1 inch secara sistematik untuk menukar aset yang dicuri dengan mata wang crypto Ether (ETH), dan menggunakan address kedua untuk mendepositkan ETH ke dalam privacy mixer Tornado Cash, sekali gus menjadikan dana yang digodam lebih sukar untuk dikesan.

Dalam saluran Telegram rasmi, wakil Bitmart pada mulanya mendakwa bahawa aliran keluar tersebut hanyalah pengeluaran rutin, sekaligus melabelkan laporan penggodaman tersebut sebagai “berita palsu.” Baca tweetnya disini.

Walau bagaimanapun, beberapa jam kemudian, Ketua Pegawai Eksekutif Bitmart Sheldon Xia mengesahkan bahawa aliran keluar itu sememangnya penggodaman akibat daripada “pencerobohan keselamatan.” Baca tweetnya disini.

Kerugian sebanyak $196 juta telah menjadikan ia salah satu penggodaman centralized exchange yang paling dahsyat setakat ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.