Shiba Inu Melancarkan DAO

Shiba Inu Melancarkan DAO
Shiba Inu Melancarkan DAO

Shiba Inu Melancarkan DAO

Apakah itu Shiba Inu?

Shiba Inu (SHIB) ialah coin meme berasaskan Ethereum yang dinamakan sempena anjing Shiba Inu Jepun. Pengasas SHIB melancarkan coin meme untuk mengalahkan Dogecoin (DOGE) dan biasanya dikenali sebagai “Pembunuh Dogecoin”. Baru-baru ini, pelabur amat yakin dengan potensi Shiba Inu untuk tahun hadapan. Tinjauan kenaikan harga (bullish) disebabkan populariti Shiba Inu terus berkembang. Minggu ini, dilaporkan bahawa jumlah pemegang Shiba Inu melebihi 1.1 juta.

Terdapat 3 token pada ekosistem tersebut, iaitu:

SHIB: Token utama ekosistem Shiba Inu, dengan jumlah bekalan 1 kuadrilion. Walau bagaimanapun, token SHIB sebenar yang tersedia kepada pengguna adalah jauh lebih sedikit.

LEASH: Token ke-2 dalam ekosistem Shiba Inu, dengan jumlah bekalan hanya 107,646 token.

BONE: Token tadbir urus. Membolehkan ShibArmy mengundi cadangan yang akan datang pada DAO Doggy. Terdapat jumlah bekalan sebanyak 250,000,000 token.

Satu lagi komponen ekosistem Shiba Inu ialah ShibaSwap. ShibaSwap ialah sebuah platform DeFi. Di sini, pengguna boleh menyediakan liquidity (DIG), stake tokens (BURY) dan token SWAP. Pengguna diberi ganjaran WOOF Returns melalui sistem ganjaran pendapatan pasif Shiba Inu.

Walaupun dianggap sebagai “Pembunuh Dogecoin”, Shiba Inu juga melakukan amal jariah untuk menyelamat anjing Shiba Inu yang dibuang. Shiba Inu menggunakan Amazon Smile untuk mengumpul dan menderma sebahagian daripada pembelian pengguna Amazon kepada Persatuan Penyelamat Shiba Inu.

Daripada Meme Coin Kepada DAO

Dalam masa semalaman, Shiba Inu telah mengumumkan bahawa ia sedang melancarkan DAO. Tujuan DAO adalah untuk mengurangkan akauntabiliti, serta menghapuskan keupayaan untuk mengawal atau mempengaruhi ekosistem. Untuk ekosistem, DAO akan menyerahkan kuasa kepada komuniti Shiba Inu, demi mencapai desentralisasi yang lebih besar.

Dinamakan DOGGY DAO, Shiba Inu akan mengambil pendekatan langkah demi langkah unutk DAO. Fasa 1, dipanggil DAO 1 (Beta), akan memindahkan kuasa kepada komuniti untuk memutuskan projek dan pasangan mana yang akan berada di bawah ShibaSwap. Komuniti juga akan memutuskan pengagihan ganjaran $BONE.

Tindakan Harga Shiba Inu

Walaupun bilangan pemegang yang semakin meningkat dan peningkatan berterusan dalam faedah SHIB, ia merupakan penghujung menurun (bearish) kepada 2021 untuk SHIB.

Pada bulan Oktober, SHIB telah melonjak sebanyak 831% kepada ATH $0.00008833 sebelum ia menurun kembali. Dua penurunan bulanan berturut-turut menyaksikan SHIB jatuh semula ke paras sub-$0.000030 sebelum mendapat sokongan.

SHIB telah menunjukkan sedikit maklum balas terhadap berita terkini. Pada masa penulisan, SHIB naik hanya 0.57% kepada $0.0000335.

Bagaimanapun, berikutan penghujung penurunan harga pada 2021, ramalan harga jauh lebih menaik untuk tahun hadapan. Ramalan adalah untuk SHIB mencapai $0.0001 menjelang Januari 2023.

Gemini dan Huobi Menyenaraikan Dogelon Mars

CEO Tesla, Elon Musk ialah salah seorang yang paling berpengaruh dalam ruang mata wang crypto dan dia telah memberi inspirasi kepada penciptaan beberapa coin meme sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Salah satu coin meme kini menunjukkan prestasi yang baik selepas disenaraikan di beberapa platform pertukaran crypto utama.

Token Berinspirasikan Elon Musk Berjaya ke Platform Pertukaran Crypto Utama

Dogelon Mars (ELON), coin meme yang diilhamkan oleh CEO Tesla Elon Musk, telah berjaya memasuki dua platform pertukaran crypto utama. Token meme itu baru-baru ini disenaraikan di platform pertukaran crypto Huobi dan Gemini.

Dogelon Mars ialah coin meme bertemakan anjing yang dihoskan pada blockchain Ethereum dan Polygon. Coin ini berusaha untuk menjadi popular seperti coin meme terkemuka yang lain seperti Dogecoin, Shiba Inu dan Floki Inu. Token itu menggabungkan populariti Elon Musk dan Dogecoin serta keinginan Musk untuk meneroka melangkaui Bumi ke Marikh.

Huobi, salah satu platofrm pertukaran crypto terkemuka di dunia, mengumumkan semalam bahawa ia telah menyenaraikan Dogelon Mars pada platformnya, memudahkan berjuta-juta pedagang mengakses coin meme tersebut.

Pengumuman itu diikuti oleh satu lagi dari Gemini, sebuah platform yang dimiliki dan dikendalikan oleh adik beradik kembar Winklevoss. Gemini juga mengumumkan bahawa ia telah menyenaraikan MARS pada platformnya dan token itu boleh didagangkan dengan Dolar AS, Dolar Kanada, Euro dan Pound Britain.

Harga MARS Meroket Mengikuti Pelbagai Penyenaraian

Harga MARS telah meroket sejak beberapa jam yang lalu kerana coin itu disenaraikan di platform utama. Pada masa akhbar, MARS didagangkan pada $0.000001766 untuk setiap token, meningkat lebih daripada 34% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sepanjang minggu lalu, harga token telah melonjak dengan kadar luar biasa, mengatasi banyak token dalam proses itu. Modal pasaran token itu ialah $15 juta pada seminggu yang lalu, tetapi kini mencecah melebihi $120 juta.

Rally tersebut berlaku akibat pasaran mata wang crypto yang perlahan-lahan pulih daripada penurunan yang terjadi baru-baru ini, dengan Bitcoin kini didagangkan melebihi $51k untuk setiap coin.

Tajuk: Gemini dan Huobi Menyenaraikan Dogelon Mars

Harga Shiba Inu Meroket 13% Selepas Pembelian 4 Trilion Token Oleh Crypto Whale

  • Harga coin Shiba inu meroket sebanyak 13% selepas seorang crypto whale membeli 4 trilion token.
  • Wallet whale tersebut bernilai setengah bilion dolar dan juga terdiri daripada token metaverse.
  • Whale crypto lain telah membeli shiba inu kerana ia merosot dari paras tertinggi sejak Oktober.

Harga Shiba Inu melonjak 13% selepas pelabur crypto besar membeli bertrilion- trilion token meme.

Pembeli besar tersebut, lebih dikenali sebagai crypto whale, telah membeli 4 trilion token untuk kira-kira $136 juta, menurut whalestats, yang menjejaki wallet- wallet ethereum, tidak termasuk token untuk pertukaran dan projek.

Kira-kira satu perempat daripada wallet whale itu — yang bernilai setengah bilion dolar secara keseluruhan — kini terdiri daripada coin shiba inu. Token Metaverse daripada Decentraland, Gala dan Sandbox juga membentuk sebahagian besar wallet itu, bersama-sama dengan stablecoin tether.

Shiba inu mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada bulan Oktober dan sebahagian besarnya telah jatuh sejak itu dan memberi peluang kepada whale- whale untuk membeli penurunan itu. Awal bulan ini, seorang whale telah mengumpul 50 bilion token untuk menjadikan jumlah pegangan wallet itu kepada kira-kira 1.67 trilion shiba inu, lapor Insider sebelum ini. Whale lain telah membeli kira-kira 100 bilion token.

Token Shiba Inu secara individu masih bernilai kurang daripada satu sen. Namun begitu, ia adalah mata wang crypto terbesar ke-13 mengikut nilai pasaran, berada tepat di bawah dogecoin (coin meme yang muncul terdahulu), menurut kedudukan Coinmarketcap.

Coin Shiba Inu, yang dinamakan sempena anak anjing Jepun itu, ialah alternatif kepada dogecoin yang berasaskan ethereum. Ia diasaskan pada Ogos 2020 oleh seseorang yang dipanggil Ryoshi, yang ingin beralih daripada “struktur sosial yang tidak fleksibel dan pemikiran tradisional,” dan ingin menjadikan coin itu “suatu percubaan dalam pembinaan komuniti spontan yang decentralized,” lapor Insider sebelum ini.

Dalam masa setahun, token itu telah melonjak sebanyak 53 juta%, menurut crypto.com.

Tajuk: Harga Shiba Inu Meroket 13% Selepas Pembelian 4 Trilion Token Oleh Crypto Whale