American Express Berkembang Ke NFT & Metaverse

American Express Berkembang Ke NFT & Metaverse

Sejak kebelakangan ini, metaverse terus menarik semakin banyak syarikat, terutamanya syarikat perkhidmatan kad kredit American Express (NYSE: AXP) yang baru sahaja menyertai.

Khususnya, American Express telah memfailkan 7 permohonan trademark baharu untuk mendaftarkan nama, logo dan slogan syarikat, termasuk AMEX, SHOP SMALL dan MEMBERSHIP REWARDS, yang menunjukkan perbadanan multinasional yang mengkhusus dalam perkhidmatan kad pembayaran itu merancang untuk berkembang ke metaverse dan menawarkan NFT berjenama.

Peguam trademark metaverse berlesen Michael Kondoudis mengumumkan berita itu melalui Twitter pada hari Selasa, 15 Mac, mendedahkan bahawa permohonan telah diserahkan kepada Pejabat Patent dan Trademark AS pada 9 Mac, dengan rancangan untuk menawarkan multimedia yang disokong NFT, perkhidmatan mata wang kripto, perbankan maya, dan pertukaran perkhidmatan antara yang lain.

Encik Kondoudis menyatakan:

“American Express ialah jenama kewangan terkemuka, dan nilai yang disertakan pada jenama itu adalah penting. Jelas sekali, American Express melihat potensi Metaverse dan sedang menyediakan trademark serta jenamanya untuk ekonomi maya yang akan menguasainya.”

Peguam itu menambah:

“Mungkin aspek yang paling menarik bagi aplikasi ini ialah ia menandakan permulaan aliran baharu pemfailan trademark Metaverse daripada sektor perkhidmatan kewangan.”

Aliran Metaverse Berterusan

Hakikat bahawa beberapa firma, perniagaan dan selebriti telah mengembangkan kehadiran mereka dalam metaverse sekarang wajar diberi perhatian, dan ini adalah contoh terkini tentang aliran yang semakin meningkat pesat ini.

Sebagai contoh, pada 15 Februari, Bursa Saham New York (NYSE) memfailkan permohonan trademark baharu untuk mendaftarkan istilah “NYSE” untuk beberapa produk dan perkhidmatan kripto dan kewangan.

Pada masa itu, Kondoudis menyatakan:

“Pemfailan ini adalah pengesahan terbaru bahawa metaverse adalah benar dan semua perniagaan perlu merancang dengan sewajarnya. Semua perniagaan tidak perlu lagi tertanya-tanya sama ada ia akan berlaku. Ia hanyalah persoalan bila <…> NYSE telahpun mengambil pendekatan proaktif, berfikiran ke hadapan untuk memastikan bahawa ia adalah pertukaran kewangan terkemuka dalam metaverse.”

Akhir sekali, menurut analisis, bilangan aplikasi trademark NFT di Amerika Syarikat meningkat 421 kali ganda pada 2021, peningkatan yang ketara jika dibandingkan dengan hanya 3 pada 2020.

Nintendo ‘Berminat’ Dengan NFT Dan Metaverse

Nintendo ‘Berminat’ Dengan NFT Dan Metaverse

Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, non- fungible token (NFT) dan metaverse telah menjadi topik perbualan yang popular, kerana semakin banyak organisasi dan orang ramai mempelajari tenatang kegunaan mereka.

Berikutan keputusan kewangan terkini Nintendo (TYO: 7974), syarikat itu mengadakan sesi Soal Jawab di mana salah satu soalan membincangkan NFT dan metaverse, antara topik- topik yang lain.

Menurut penganalisis kanan di MST Financial, David Gibson, Nintendo membayangkan bahawa ia berminat dalam bidang ini dan dapat melihat ‘potensi’ yang ada untuk syarikat itu.

“Kami mempunyai minat dalam bidang ini, kami merasakan ada potensi di sini, tetapi kami tertanya-tanya apakah kegembiraan yang boleh kami berikan di sini dan ini adalah sukar untuk ditentukan sekarang,” syarikat video gaming Jepun itu berkata.

Walaupun, dalam tweet susulan, Gibson mendakwa bahawa tindak balas Nintendo “terutamanya tertumpu pada metaverse.”

NFT & Metaverse

Nintendo sudah pasti akan berminat dengan mana-mana teknologi baharu yang membantunya bersaing dalam ruang video gaming, terutamanya memandangkan data terkini menunjukkan jumlah wang yang dilaburkan dalam syarikat NFT meningkat, sebanyak 130x yang luar biasa antara 2020 dan 2021, mencecah $4.8 bilion.

Secara umum, pelabur- pelabur yakin dengan potensi NFT sebagai item collector, pencipta nilai jenama untuk firma dan peserta dalam Web3 dan metaverse.

Terutamanya, produk digital seperti item dalam game boleh dibeli dan dijual melalui NFT kerana ia adalah kepingan data unik yang direkodkan pada blockchain, manakala, metaverse ialah konsep yang telah mendapat populariti di kalangan firma teknologi untuk merujuk kepada persekitaran maya dalam talian yang berpaksikan interaksi sosial.

Nintendo Switch Mendahului PlayStation & Wii Dalam Jualan

Perlu juga disebut bahawa hampir 48 juta copy Nintendo Switch telah terjual dalam tempoh 21 bulan sebelumnya, menjadikannya sistem terlaris ketiga sepanjang masa, mengatasi kedua-dua PlayStation asal dan Wii dalam jualan.

Sememangnya, sejak wabak Covid itu bermula pada Mac 2020, Nintendo Switch telah mula muncul, menjadi konsol rumah paling berjaya dalam sejarah panjang syarikat dengan jualan 103.5 juta unit.

Walaupun Sony kini menghadapi kekurangan komponen dengan PS5nya, ia telah menguasai pasaran gaming sejak dua setengah dekad yang lalu dengan tiga daripada konsol PlayStationnya berada di antara empat konsol permainan teratas mengikut jualan unit.

Berdasarkan nombor jualan rasmi syarikat, PS2 telah menjual lebih daripada 155 juta copy di seluruh dunia sejak diperkenalkan pada tahun 2001, menjadikannya sistem permainan video paling popular dengan margin yang ketara.

Instagram Sedang Berusaha Memperkembangkan NFT Kepada Penggunanya

  • Instagram sedang “meneroka secara aktif” cara-cara untuk membawa NFT kepada khalayak yang lebih luas, menurut CEO Adam Mosseri pada Sabtu lepas.
  • Langkah platform tersebut diambil selepas syarikat induk Facebook menjenamakan semula sebagai “Meta“, selari dengan peralihannya kepada metaverse.
  • Penyepaduan itu boleh membolehkan orang ramai untuk berdagang NFT secara terus di Instagram, seperti yang dilihat di screenshot daripada pembangun aplikasi.

Instagram sedang mencari cara- cara untuk membawa NFT ke platform rangkaian sosialnya serta dua bilion penggunanya, kerana syarikat induknya Meta telah membuat dorongan ke dalam metaverse.

CEO syarikat itu, Adam Mosseri, berkata pada hujung minggu lepas ia sedang berusaha membina features yang menggabungkan token NFT.

Walaupun aset digital yang unik ini popular sebagai koleksi seni atau video moden, ia juga merupakan kunci digital untuk memasuki metaverse, kerana ia membolehkan pemilikan di dalam dunia maya.

“Tiada apa yang diumumkan lagi, tetapi kami pastinya sedang aktif meneroka NFT dan bagaimana kami boleh menjadikannya lebih mudah diakses oleh khalayak yang lebih luas,” kata Mosseri dalam story Instagramnya yang dimuat naik pada hari Sabtu.

“Saya rasa ia adalah tempat yang menarik di mana kita boleh bermain dan juga ia adalah satu cara untuk membantu pereka (creators).”

NFT didagangkan dalam talian, selalunya dikaitkan dengan mata wang crypto dan biasanya direkodkan pada blockchain. Mereka telah mendapat perhatian ramai pada tahun 2021. Jumlah jualan mereka setakat tahun ini telah melonjak kepada $12 bilion, didorong sebahagiannya oleh jenama besar seperti Nike yang mendorong ke arah NFT dan dunia maya.

Pada bulan Julai, syarikat induk Instagram mencetuskan gelombang minat terhadap metaverse apabila ia menjenamakan semula sebagai “Meta” dan memfokus semula pada metaverse, istilah lengkap untuk ruang maya di mana orang ramai boleh bermain, bekerja, berdagang dan secara umumnya berinteraksi secara digital menggunakan avatar. .

“Mulai sekarang, kami akan menjadi metaverse dahulu, bukan Facebook dahulu,” kata CEO Mark Zuckerberg pada masa itu, bahawa dia mahu mengubah Facebook daripada syarikat media sosial menjadi “syarikat metaverse.”

Tetapi syarikat yang memfokuskan terhadap crypto seperti The Sandbox, yang mahukan dunia maya yang “decentralized”, bimbang syarikat teknologi besar seperti Meta boleh menguasai metaverse sama seperti ia menguasai media sosial.

Pelabur harus menjangkakan akan adanya “pertempuran antara crypto asli metaverse dengan crypto yang dilancarkan oleh entiti gaming dan korporat seperti Meta,” kata Brock Pierce, pengerusi Bitcoin Foundation kepada Insider.

Setakat Disember, Instagram mempunyai kira-kira dua bilion pengguna aktif secara bulanan, menurut CNBC.

Walaupun Mosseri tidak menghuraikan lebih lanjut dalam post Instagramnya, ulasannya mencadangkan rangkaian sosial perkongsian foto dan video tersebut mungkin akan memberikan penggunanya tools untuk mempamerkan NFT yang mereka cipta atau membenarkan orang mengikuti pereka (creator) kegemaran mereka.

Pembangun aplikasi Alessandro Paluzzi mula-mula berkongsi butiran rancangan berkaitan NFT Instagram pada bulan Julai, perkongsian pada screenshot di Twitter.

Post Instagram mungkin disertakan dengan label “collectibles“, untuk menandakan NFT yang dipegang oleh pengguna dalam bahagian khusus.

Paluzzi turut berkongsi feature yang menunjukkan pengguna dibenarkan membuat tawaran untuk NFT secara langsung di Instagram dan beliau menyatakan bahawa Instagram berkemungkinan akan menyokong wallet crypto Coinbase dan MetaMask, serta wallet Novi Facebook.

Paluzzi sebelum ini telah berkongsi update yang belum diumumkan lagi yang kemudiannya disahkan oleh Instagram, termasuk memberikan creators akses kepada data yang lebih terperinci dan menguji feature pembayaran Reels.

Instagram tidak segera untuk bertindak balas terhadap permintaan Insider untuk mengulas mengenai rancangan NFTnya.

Tajuk: Instagram Sedang Berusaha Memperkembangkan NFT Kepada Penggunanya

Pelancaran NFT Pertama Adidas Memperoleh $23 Juta

Usaha NFT pertama oleh Adidas nampaknya telah berjaya. Menurut The Block, kerjasama antara Bored Ape Yacht Club, Gmoney dan Punks telah memperoleh lebih daripada $23 juta dalam Ethereum, dengan fasa “akses awal” memperoleh sebanyak $15.5 juta dan $7.5 juta dalam jualan umum. Dengan itu, pelancaran itu menghasilkan hampir 30,000 NFT (mint) walaupun terdapat gangguan yang menyebabkan Adidas menghentikan transaksi awal.

Jumlah itu mungkin tidak besar untuk jenama yang terkenal itu, tetapi Adidas berjaya mencapai keuntungan bersamaan $538.4 juta pada suku terbarunya — $23 juta daripada keluaran digital yang terhad itu adalah sesuatu yang besar. Jika terdapat lebih banyak jualan seperti ini, ia akan meningkatkan keuntungan Adidas sambil mempromosikan NFT yang sebelum ini dikhaskan untuk kasut.

Hasilnya, terdapat kemungkinan besar anda akan melihat lebih banyak keluaran NFT, apatah lagi penglibatan Adidas yang lebih besar dalam metaverse. Bukannya seperti jenama itu mempunyai pilihan lain. Nike, salah satu saingannya yang paling jelas telah membeli RTFKT untuk meningkatkan penglibatannya dengan NFT dan koleksi metaverse seperti kasut dan Adidas berisiko untuk menyerah kalah jika ia tidak bersaing.

Tajuk: Pelancaran NFT Pertama Adidas Memperoleh $23 Juta

10 Mata Wang Crypto Berprestasi Terbaik Pada Tahun 2021

10 Mata Wang Crypto Berprestasi Terbaik Pada Tahun 2021

  • Peningkatan minat yang mendadak terhadap mata wang crypto telah menjadikan 2021 sebagai tahun yang penting bagi industri ini.
  • Peningkatan penggunaan NFT, sebuah ETF bitcoin, di dalam metaverse serta peningkatan kawal selia menjadikan pengurus aset Wall Street berada di barisan hadapan dalam pelaburan crypto pada tahun ini.
  • Ini adalah 10 aset crypto yang terbaik prestasinya pada 2021, menurut data daripada CoinMarketCap.

Tahun ini merupakan tahun di mana mata wang crypto berjaya menjadi kewangan arus perdana, apabila semua manusia dari kalangan selebriti hingga ke atlet dan pelelong seni menyelami collector digital yang berasaskan blokchain dan platform play- to- earn telah mengubah dinamik ekonomi gaming.

Pelabur institusi dan runcit telah sama-sama mengumpul aset crypto, produk berasaskan blockchain dan perkhidmatan- perkhidmatan seperti token NFT, menjadikan pasaran $1 trilion meningkat kepada $3 trilion dalam masa kurang daripada 12 bulan.

Terbaru, kebangkitan metaverse telah mencipta gelombang baharu dimana terdapat peluang pelaburan untuk segala-galanya daripada tanah digital kepada barangan pereka digital. Pelabur pastinya mengalu-alukan peningkatan kecanggihan cryptosphere ini.

Pada tahun 2022, apabila terdapat peningkatan penggunaan, decentralized finance (DeFi) juga turut berkembang. Dan metaverse dan NFT – contohnya representasi digital karya seni, muzik atau video dunia nyata semakin popular, aset crypto dijangka meningkat lebih tinggi dalam nilai.

Peningkatan dalam pasaran mata wang crypto bukan sahaja didorong oleh bitcoin, malah coin- coin lain yang lebih kecil telah meningkat secara eksponen dari tahun ke tahun dan mendapat kemasyhuran arus perdana. Dogecoin, mata wang crypto yang dicipta beberapa tahun lalu sebagai sebuah jenaka, telah menjadi salah satu coin terbaik dan menimbulkan satu siri spin-off yang hebat.

Altcoin yang berasal dari blockchain yang ramai percaya akan menguasai sebahagian besar dunia kewangan masa depan, serta alam digital, telah melonjak, menjadikan coin seperti solana, cardano dan avalanche bintang crypto. Billionaire crypto bull Mike Novogratz telah melabelkan ether sebagai pelaburan yang lebih menarik berbanding bitcoin kerana orang ramai melihatnya sebagai satu pertaruhan teknologi.

Tetapi ini adalah pasaran kecil yang sangat volatile. Ini bermakna traders boleh menjangkakan kerugian atau keuntungan besar dalam sekelip mata. Mata wang crypto boleh melonjak 100% dalam masa seminggu, hanya untuk hilang semua keuntungan tersebut dalam beberapa hari, atau bahkan beberapa jam sahaja dalam sesetengah kes.

Bitcoin, mata wang crypto terkemuka dalam nilai pasaran, meningkat kira-kira 70% setakat tahun ini. Sementara itu, banyak token crypto asli metaverse, yang berdasarkan pada blockchain ethereum, telah berkembang dari satu minggu ke minggu berikutnya, kerana sesiapa yang ingin memasuki dunia digital ini mesti memiliki mata wang digital yang sepadan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, pengguna dunia maya , Sandbox boleh membina, memiliki dan monetizekan pengalaman permainan mereka di blockchain ethereum menggunakan SAND, token utiliti platform tersebut. Perkara yang sama berlaku untuk pengguna Decentraland, atau pemain Axie Infinity, yang boleh membiak, memiliki dan melatih makhluk digital kecil mereka sendiri. Setiap platform mempunyai mata wang aslinya sendiri.

Insider telah meneliti 10 mata wang crypto berprestasi terbaik pada tahun lalu dengan nilai pasaran lebih $1 bilion, menurut data daripada CoinMarketCap.

  1. Decentraland
    Simbol: MANA
    Kap Pasaran: $6.8 bilion
    Prestasi YTD: 4,397%
  1. Harmony
    Simbol: ONE
    Kap Pasaran: $2.2 bilion
    Prestasi YTD: 4,464%
  1. Kadena
    Simbol: KDA
    Kap Pasaran: $1.9 bilion
    Prestasi YTD: 8,131%
  1. Fantom
    Simbol: FTM
    Kap Pasaran: $3.9 bilion
    Prestasi YTD: 8,966%
  1. Solana
    Simbol: SOL
    Kap Pasaran: $58.2 bilion
    Prestasi YTD: 10,180%
  1. Terra
    Simbol: LUNA
    Kap Pasaran: $28.7 bilion
    Prestasi YTD: 11,558%
  1. Polygon
    Simbol: MATIC
    Kap Pasaran: $16.3 bilion
    Prestasi YTD: 12,817%
  1. Sand Box
    Simbol: SAND
    Kap Pasaran: $4.9 bilion
    Prestasi YTD: 14,629%
  1. Axie Infinity
    Simbol: AXS
    Kap Pasaran: $6.8 bilion
    Prestasi YTD: 18,996%
  1. Gala
    Simbol: GALA
    Kap Pasaran: $3.6 bilion
    Prestasi YTD: 50,829%

Tajuk: 10 Mata Wang Crypto Berprestasi Terbaik Pada Tahun 2021

Metaverse ‘Sudah Tiba’ Dan Akan Memberikan Masa Depan Cemerlang Untuk Dunia Crypto

Metaverse ‘Sudah Tiba’ Dan Akan Memberikan Masa Depan Cemerlang Untuk Dunia Crypto – Founder Solana

  • Metaverse akan memberi peluang kepada mata wang Crypto untuk menghapuskan model perniagaan yang “lapuk” seperti platform iklan internet, kata co- founder Solana.
  • Anatoly Yakovenko memberitahu Insider dalam satu temu bual bahawa dia percaya crypto boleh menjadikan metaverse lebih baik dan mengubah cara syarikat- syarikat menggunakan data.
  • Ramai pelabur berprofil tinggi percaya bahawa metaverse boleh menjadi peluang trilion dolar.

Metaverse semakin popular. Pelabur sedang membeli plot tanah maya dan barangan mewah digital, manakala syarikat- syarikat dan pasukan- pasukan sukan turut menyertai.

Minggu lepas, 4 projek metaverse telah menjual $106 juta dalam tanah maya, menurut DappRadar. Sandbox, sebuah platform permainan, memperoleh $86.56 juta dalam jualan tanah digital, manakala Decentraland mencatatkan $15.53 juta dalam jualan hartanah maya.

Walaupun mungkin merasakan tahap seterusnya dalam evolusi internet ini baru sahaja bermula, bagi co- founder Solana Anatoly Yakovenko, ia sudah menjadi realiti dan mata wang crypto boleh membantu untuk menambah baik platform tersebut.

“Metaverse sudah ada di sini. Ia masih dalam keadaan fidelity dan resolusi rendah,” katanya kepada Insider dalam temu bual baru-baru ini.

Metaverse merujuk kepada dunia maya di mana pengguna boleh melakukan apa sahaja daripada mencipta dan bermain permainan, kepada memiliki harta, membeli dan menjual aset digital, berdagang mata wang crypto ataupun membiak haiwan digital.

Yakovenko mengasaskan Solana bersama Raj Gokal pada Mac 2020. Protokol Solana serupa dengan saingannya yang lebih besar, iaitu Ethereum, kerana ia mempunyai keupayaan decentralized finance yang sama, seperti menganjurkan kontrak pintar, dan juga boleh menjalankan token NFT, tetapi ia berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi dan kos yang lebih rendah daripada pesaingnya yang lebih besar.

Kedua-dua Sandbox dan Decentraland, dua daripada metaverses yang lebih maju, bergerak menggunakan Ethereum, sebagai contoh.

Pemaju dalam dunia crypto sedang mencari metaverse dimana mereka boleh miliki dan bina perniagaan. Yakovenko berkata bahawa pemaju yang memahami bagaimana ini semua berfungsi boleh mencipta tool untuk content creators supaya mereka boleh mempunyai “pengalaman maya mereka tersendiri.”

“Apabila itu berlaku, ia tidak akan menjadi Sand Box metaverse yang tunggal, ia akan menjadi sekumpulan metaverse yang kecil dimana semuanya bekerjasama dan memberi pelbaai jenis pengalaman, ” kata Yakovenko.

Dia percaya salah satu kelebihan besar untuk mengadakan lebih banyak aktiviti dalam metaverse ialah dunia maya tidak akan memberikan jenis cabaran yang sama dengan pengendalian data dan privasi pengguna seperti yang dihadapi platform- platform media sosial atau enjin carian pada masa ini.

Ia juga boleh menawarkan peluang bagi mata wang crypto untuk memecahkan beberapa pegangan Big Tech pada ruang itu, kata Yakovenko.

“Saya fikir peluang untuk crypto adalah untuk menjadikan (metaverse) lebih baik dalam erti kata lain jenis- jenis model perniagaan yang wujud di web sekarang adalah “lapuk,” katanya.

“Syarikat- syarikat yang mengawal pasaran mencuri data anda, menjualnya kepada pengiklan, memberi anda maklumat yang anda tidak mahu dan cuba memaksa anda untuk mengambilnya, kitaran itu menyusahkan,” tambahnya.

Platform seperti Sandbox, Decentraland dan platform play- to- earn Axie Infinity mempunyai token crypto mereka tersendiri dimana pengguna memerlukan ia untuk membeli item maya atau yang mereka boleh terima sebagai ganjaran. Token MANA Decentraland telah memperoleh lebih dari 16,000% tahun ini, manakala token SAND Sandbox telah meningkat sekitar 5,400% dan token AXS Axie telah memperoleh lebih daripada 25,000%.

Ramai pelabur berprofil tinggi, seperti pengurus aset digital Grayscale dan pelabur teknologi disruptive Cathie Wood, percaya metaverse boleh menjadi peluang trilion dolar.

Jualan Kapal Layar Vianne Berharga $10J, Kripto Diterima

Jualan Kapal Layar Vianne Berharga $10J, Kripto Diterima

Pembayaran menggunakan mata wang Crypto terus mendapat daya tarikan di dalam dunia barangan mewah, dengan kapal layar sebesar 170 kaki menjadi contoh terkini.

Pemilik Vianne, sebuah kapal layar binaan Itali berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa pembeli akan dapat membeli kapal itu dengan Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Dogecoin (DOGE) serta SOL, FTM, BNB atau “top tier” Non- fungible Token (NFT) daripada koleksi CryptoPunk atau Bored Ape Yacht Club.

Dengan itu, sebanyak 10% deposit fiat diperlukan.

Vianne disenaraikan pada harga $10 juta dan boleh disewa pada musim sejuk akan datang dengan harga $196,000 seminggu di Caribbean. Dia mempunyai jakuzi sky- deck dan boleh memuatkan 12 tetamu.

“Pembayaran mata wang Crypto semakin meningkat dalam industri kapal layar, justeru, ini akan menjadikan Vianne kapal layar terbesar yang pernah dibeli dengan NFT,” kata pemilik kapal itu dalam satu kenyataan.

Kebolehan untuk membeli superyacht ini dengan mata wang Crypto adalah tanda penerimaan yang lebih luas oleh industri barangan mewah – seperti Dolce & Gabbana atau Sotheby’s.

Di samping itu, Morgan Stanley menganggarkan dalam nota terbaru kepada pelanggannya bahawa permainan Metaverse dan NFT boleh memberi peluang pendapatan sebanyak 50 bilion euro untuk pasaran mewah menjelang 2030. Kering yang berpangkalan di Perancis, pemilik jenama- jenama mewah seperti Gucci dan Yves Saint Laurent , adalah contoh yang terbaik untuk mengambil kesempatan daripada Metaverse, kata bank itu dalam notanya.

Sementara itu, pemilik- pemilik Vianne berkata Crypto sudah menjadi kenyataan.

“Dalam 12 bulan yang lalu, terutamanya, kami telah cenderung untuk berurus niaga menggunakan Crypto selagi boleh,” pejabat keluarga pemilik memberitahu CoinDesk melalui e-mel. “Kami sedang dalam proses untuk mendapatkan kapal layar yang lebih besar untuk pemiliknya, dan jika kami berurus niaga, kami pasti akan membayar dalam mata wang Crypto (Stablecoin, [Altcoin], dll.) selagi boleh.”

Metaverse Berpotensi Untuk Mendapat Hasil Tahunan $1 trilion, kata Grayscale

Metaverse Berpotensi Untuk Mendapat Hasil Tahunan $1 trilion, kata Grayscale

  • Grayscale, sebuah Crypto gergasi berkata Metaverse berpeluang untuk mendapatkan hasil tahunan sebanyak $1 trilion.
  • Ia datang bersama kepingan tanah maya (virtual land) di dalam projek metaverse. Selain itu, ia dijual dengan harga $2 juta ke atas.
  • Grayscale berkata metaverse adalah sebuah peluang besar untuk dunia Crypto, dengan pelaburan yang semakin meningkat.

Metaverse berpotensi untuk mendapat hasil tahunan $1 trilion merentasi dunia pengiklanan, event digital, e-dagang serta hardware, menurut laporan baharu daripada gergasi Crypto, Grayscale.

Laporan Grayscale yang dikeluarkan pada malam Rabu, dikeluarkan semasa terdapat sambutan yang meriah terhadap metaverse selepas Facebook menukar namanya kepada Meta secara rasmi. Ia memberikan tumpuan kepada dunia imersif maya yang dikatakan masa depan internet.

Minggu ini, terdapat tanda- tanda awal potensi di dalam ekonomi metaverse, dengan bidang tanah maya Decentraland dan Axie Infinity di dalam metaverse yang berasaskan Crypto dijual dengan harga $2 juta lebih.

Metaverse mempunyai pelbagai persekitaran maya 3D dalam talian, di mana orang ramai boleh bermain permainan, mencipta sesuatu, bersosial, bekerja dan juga berdagang serta memperoleh aset Crypto.

Metaverse induk yang paling terkenal sekarang adalah dalam bidang permainan, dengan Fortnite dan Roblox yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Grayscale menganggarkan bahawa hasil daripada dunia permainan maya boleh meningkat sehingga $400 bilion pada 2025, daripada sekitar $180 bilion pada 2020.

Namun, Grayscale yang mengendalikan dana mata wang Crypto terbesar di dunia, berkata metaverse masih di peringkat awal. Rancangan Facebook untuk membelanjakan $10 bilion tahun ini untuk metaverse adalah tanda- tanda potensi pasaran.

“Peluang pasaran untuk menghidupkan Metaverse mungkin bernilai lebih $1 trilion dalam hasil tahunan,” kata laporan itu, walaupun ia tidak menyatakan jangka masa.

Penulis laporan itu, ketua penyelidikan Grayscale, David Grider dan penganalisis penyelidikan, Matt Maximo, berpendapat bahawa metaverse adalah peluang besar untuk syarikat- syarikat Crypto.

Banyak projek metaverse pada masa ini, seperti realiti maya atau permainan, dikendalikan oleh syarikat- syarikat Web2, yang berpusat dan beroperasi demi keuntungan. Salah satu contohnya adalah Horizon Worlds yang telah dilancarkan oleh Facebook di ruang realiti maya.

Tetapi semakin banyak projek metaverse dicipta atas dasar teknologi Crypto, yang boleh memberikan pengguna lebih kawalan dan memperoleh wang yang boleh mereka gunakan di dunia nyata. Ini dikenali sebagai metaverse Web3.

Grayscale menyenaraikan peluang untuk mendapatkan keuntungan dari pengguna dalam metaverse Web3. Ini termasuk galeri seni yang melancarkan NFT, permainan- permainan dan kasino di mana pemain menaruh & memenangi Crypto, pengiklanan digital dan tempat muzik untuk DJ dan artis mengadakan konsert.

Pada suku ketiga, jumlah pengumpulan dana Web3 dan NFT mencecah $1.8 bilion, daripada keseluruhan dana Crypto sebanyak $8.2 bilion, kata Grayscale. Sementara itu, pelaburan baru-baru ini telah meingkat.

Laporan Grayscale memfokuskan pada Decentraland. Dalam metaverse itu, orang ramai boleh log masuk untuk bermain permainan, memperoleh mata wang Crypto asli MANA, membeli NFT termasuk tanah maya dan barang- barang koleksi, dan mengundi untuk tadbir urus ekonomi.

Syarikat pelaburan Crypto baru-baru ini mencipta amanah Decentraland yang melabur hanya dalam MANA. Mata wang Crypto tersebut meningkat sekitar 550% dalam tempoh 30 hari yang lalu, menurut Coingecko.