Metaverse ‘Sudah Tiba’ Dan Akan Memberikan Masa Depan Cemerlang Untuk Dunia Crypto

Metaverse ‘Sudah Tiba’ Dan Akan Memberikan Masa Depan Cemerlang Untuk Dunia Crypto – Founder Solana

  • Metaverse akan memberi peluang kepada mata wang Crypto untuk menghapuskan model perniagaan yang “lapuk” seperti platform iklan internet, kata co- founder Solana.
  • Anatoly Yakovenko memberitahu Insider dalam satu temu bual bahawa dia percaya crypto boleh menjadikan metaverse lebih baik dan mengubah cara syarikat- syarikat menggunakan data.
  • Ramai pelabur berprofil tinggi percaya bahawa metaverse boleh menjadi peluang trilion dolar.

Metaverse semakin popular. Pelabur sedang membeli plot tanah maya dan barangan mewah digital, manakala syarikat- syarikat dan pasukan- pasukan sukan turut menyertai.

Minggu lepas, 4 projek metaverse telah menjual $106 juta dalam tanah maya, menurut DappRadar. Sandbox, sebuah platform permainan, memperoleh $86.56 juta dalam jualan tanah digital, manakala Decentraland mencatatkan $15.53 juta dalam jualan hartanah maya.

Walaupun mungkin merasakan tahap seterusnya dalam evolusi internet ini baru sahaja bermula, bagi co- founder Solana Anatoly Yakovenko, ia sudah menjadi realiti dan mata wang crypto boleh membantu untuk menambah baik platform tersebut.

“Metaverse sudah ada di sini. Ia masih dalam keadaan fidelity dan resolusi rendah,” katanya kepada Insider dalam temu bual baru-baru ini.

Metaverse merujuk kepada dunia maya di mana pengguna boleh melakukan apa sahaja daripada mencipta dan bermain permainan, kepada memiliki harta, membeli dan menjual aset digital, berdagang mata wang crypto ataupun membiak haiwan digital.

Yakovenko mengasaskan Solana bersama Raj Gokal pada Mac 2020. Protokol Solana serupa dengan saingannya yang lebih besar, iaitu Ethereum, kerana ia mempunyai keupayaan decentralized finance yang sama, seperti menganjurkan kontrak pintar, dan juga boleh menjalankan token NFT, tetapi ia berfungsi pada kelajuan yang lebih tinggi dan kos yang lebih rendah daripada pesaingnya yang lebih besar.

Kedua-dua Sandbox dan Decentraland, dua daripada metaverses yang lebih maju, bergerak menggunakan Ethereum, sebagai contoh.

Pemaju dalam dunia crypto sedang mencari metaverse dimana mereka boleh miliki dan bina perniagaan. Yakovenko berkata bahawa pemaju yang memahami bagaimana ini semua berfungsi boleh mencipta tool untuk content creators supaya mereka boleh mempunyai “pengalaman maya mereka tersendiri.”

“Apabila itu berlaku, ia tidak akan menjadi Sand Box metaverse yang tunggal, ia akan menjadi sekumpulan metaverse yang kecil dimana semuanya bekerjasama dan memberi pelbaai jenis pengalaman, ” kata Yakovenko.

Dia percaya salah satu kelebihan besar untuk mengadakan lebih banyak aktiviti dalam metaverse ialah dunia maya tidak akan memberikan jenis cabaran yang sama dengan pengendalian data dan privasi pengguna seperti yang dihadapi platform- platform media sosial atau enjin carian pada masa ini.

Ia juga boleh menawarkan peluang bagi mata wang crypto untuk memecahkan beberapa pegangan Big Tech pada ruang itu, kata Yakovenko.

“Saya fikir peluang untuk crypto adalah untuk menjadikan (metaverse) lebih baik dalam erti kata lain jenis- jenis model perniagaan yang wujud di web sekarang adalah “lapuk,” katanya.

“Syarikat- syarikat yang mengawal pasaran mencuri data anda, menjualnya kepada pengiklan, memberi anda maklumat yang anda tidak mahu dan cuba memaksa anda untuk mengambilnya, kitaran itu menyusahkan,” tambahnya.

Platform seperti Sandbox, Decentraland dan platform play- to- earn Axie Infinity mempunyai token crypto mereka tersendiri dimana pengguna memerlukan ia untuk membeli item maya atau yang mereka boleh terima sebagai ganjaran. Token MANA Decentraland telah memperoleh lebih dari 16,000% tahun ini, manakala token SAND Sandbox telah meningkat sekitar 5,400% dan token AXS Axie telah memperoleh lebih daripada 25,000%.

Ramai pelabur berprofil tinggi, seperti pengurus aset digital Grayscale dan pelabur teknologi disruptive Cathie Wood, percaya metaverse boleh menjadi peluang trilion dolar.

Metaverse Berpotensi Untuk Mendapat Hasil Tahunan $1 trilion, kata Grayscale

Metaverse Berpotensi Untuk Mendapat Hasil Tahunan $1 trilion, kata Grayscale

  • Grayscale, sebuah Crypto gergasi berkata Metaverse berpeluang untuk mendapatkan hasil tahunan sebanyak $1 trilion.
  • Ia datang bersama kepingan tanah maya (virtual land) di dalam projek metaverse. Selain itu, ia dijual dengan harga $2 juta ke atas.
  • Grayscale berkata metaverse adalah sebuah peluang besar untuk dunia Crypto, dengan pelaburan yang semakin meningkat.

Metaverse berpotensi untuk mendapat hasil tahunan $1 trilion merentasi dunia pengiklanan, event digital, e-dagang serta hardware, menurut laporan baharu daripada gergasi Crypto, Grayscale.

Laporan Grayscale yang dikeluarkan pada malam Rabu, dikeluarkan semasa terdapat sambutan yang meriah terhadap metaverse selepas Facebook menukar namanya kepada Meta secara rasmi. Ia memberikan tumpuan kepada dunia imersif maya yang dikatakan masa depan internet.

Minggu ini, terdapat tanda- tanda awal potensi di dalam ekonomi metaverse, dengan bidang tanah maya Decentraland dan Axie Infinity di dalam metaverse yang berasaskan Crypto dijual dengan harga $2 juta lebih.

Metaverse mempunyai pelbagai persekitaran maya 3D dalam talian, di mana orang ramai boleh bermain permainan, mencipta sesuatu, bersosial, bekerja dan juga berdagang serta memperoleh aset Crypto.

Metaverse induk yang paling terkenal sekarang adalah dalam bidang permainan, dengan Fortnite dan Roblox yang semakin popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Grayscale menganggarkan bahawa hasil daripada dunia permainan maya boleh meningkat sehingga $400 bilion pada 2025, daripada sekitar $180 bilion pada 2020.

Namun, Grayscale yang mengendalikan dana mata wang Crypto terbesar di dunia, berkata metaverse masih di peringkat awal. Rancangan Facebook untuk membelanjakan $10 bilion tahun ini untuk metaverse adalah tanda- tanda potensi pasaran.

“Peluang pasaran untuk menghidupkan Metaverse mungkin bernilai lebih $1 trilion dalam hasil tahunan,” kata laporan itu, walaupun ia tidak menyatakan jangka masa.

Penulis laporan itu, ketua penyelidikan Grayscale, David Grider dan penganalisis penyelidikan, Matt Maximo, berpendapat bahawa metaverse adalah peluang besar untuk syarikat- syarikat Crypto.

Banyak projek metaverse pada masa ini, seperti realiti maya atau permainan, dikendalikan oleh syarikat- syarikat Web2, yang berpusat dan beroperasi demi keuntungan. Salah satu contohnya adalah Horizon Worlds yang telah dilancarkan oleh Facebook di ruang realiti maya.

Tetapi semakin banyak projek metaverse dicipta atas dasar teknologi Crypto, yang boleh memberikan pengguna lebih kawalan dan memperoleh wang yang boleh mereka gunakan di dunia nyata. Ini dikenali sebagai metaverse Web3.

Grayscale menyenaraikan peluang untuk mendapatkan keuntungan dari pengguna dalam metaverse Web3. Ini termasuk galeri seni yang melancarkan NFT, permainan- permainan dan kasino di mana pemain menaruh & memenangi Crypto, pengiklanan digital dan tempat muzik untuk DJ dan artis mengadakan konsert.

Pada suku ketiga, jumlah pengumpulan dana Web3 dan NFT mencecah $1.8 bilion, daripada keseluruhan dana Crypto sebanyak $8.2 bilion, kata Grayscale. Sementara itu, pelaburan baru-baru ini telah meingkat.

Laporan Grayscale memfokuskan pada Decentraland. Dalam metaverse itu, orang ramai boleh log masuk untuk bermain permainan, memperoleh mata wang Crypto asli MANA, membeli NFT termasuk tanah maya dan barang- barang koleksi, dan mengundi untuk tadbir urus ekonomi.

Syarikat pelaburan Crypto baru-baru ini mencipta amanah Decentraland yang melabur hanya dalam MANA. Mata wang Crypto tersebut meningkat sekitar 550% dalam tempoh 30 hari yang lalu, menurut Coingecko.