FTX Menderma $25 Kepada Setiap Pemegang Akaun Di Ukraine

FTX Menderma $25 Kepada Setiap Pemegang Akaun Di Ukraine

Salah satu ‘cryptocurency exchange‘ paling popular di dunia, FTX, memberikan $25 kepada setiap pemegang akaun di Ukraine yang didaftarkan di platform tersebut. Ini disahkan oleh CEO syarikat itu, Sam Bankman-Fried (juga dikenali sebagai SBF), melalui akaun Twitternya sendiri.

Encik Bankman-Fried berkata dalam tweetnya:

“Kami baru sahaja memberi $25 kepada setiap orang Ukraine di FTX. Buatlah apa yang anda perlu lakukan dengan duit itu.”

Tweet itu telah menerima lebih 38,000 likes dan telah di-retweet lebih daripada 4,450 kali pada masa akhbar. Ini bermakna setiap pengguna FTX Ukraine akan menerima mata wang bernilai hampir 745.50 Hryvnia Ukraine, mengikut kadar pertukaran terkini.

Ini adalah langkah terbaru dalam menunjukkan sokongan komuniti crypto global terhadap perjuangan negara itu dalam menghadapi pencerobohan Rusia (Russian invasion) yang sedang berlaku yang telah bermula pada awal pagi 24 Februari.

Setakat ini, komuniti crypto telah berjaya mengumpul lebih $4 juta dalam Bitcoin untuk Ukraine ketika sokongan mencurah-curah dari seluruh pelusuk dunia. Lebih daripada $3 juta diderma oleh seorang penyumbang.

Mata Wang Kripto Di Kalangan Kegawatan Geopolitik

Sementara itu, Rusia sedang menerima pelbagai akibat atas tindakannya, termasuk kemungkinan dibuang daripada rangkaian pembayaran SWIFT yang menghubungkan lebih 11,000 institusi kewangan di seluruh dunia.

Ini akan mengehadkan keupayaan dana untuk dipindahkan ke bank Rusia dari luar negara dan memberi ‘tamparan’ hebat kepada ekonomi negara. Walau bagaimanapun, sekiranya ini benar-benar berlaku, ada yang percaya jutawan Rusia mungkin hanya beralih kepada Bitcoin untuk mengelakkan ‘pukulan’ itu.

Presiden anak syarikat FTX AS, Brett Harrison, baru-baru ini menyatakan kebimbangan jangka pendek mengenai perkembangan dengan Rusia dan Ukraine, dan kelembapan pasaran umum, tetapi juga mengatakan bahawa pasaran crypto swasta berkembang pesat walaupun situasi geopolitik yang suram.