Pembangun Teras Dogecoin Berundur Daripada Projek

Pembangun Teras Dogecoin Berundur Daripada Projek

Pembangun teras Yayasan Dogecoin, Ross Nicoll telah mengumumkan bahawa beliau akan berundur daripada projek itu kerana terlalu ‘stress‘.

Nicoll menyatakan bahawa dia diliputi tekanan dan kemungkinan konflik kepentingan. Dia menyatakan bahawa konflik itu mungkin timbul kerana majikan kerja hariannya beralih ke adegan blockchain.

Bagaimanapun, Nicoll berkata bahawa dia akan kekal sebagai penasihat kepada Dogecoin bagi memastikan peralihan yang lancar, untuk 4 hingga 8 minggu yang akan datang.

Nicoll menambah bahawa walaupun menyumbang kepada pertumbuhan Dogecoin, kebimbangan utama adalah daripada entiti pihak ketiga yang tidak diketahui yang mendakwa sebagai pembangun teras coin meme.

Beliau menyatakan bahawa beberapa trademarks sedang didaftarkan di bawah Dogecoin yang merupakan cabaran utama pada tahun 2021. Nicoll menambah bahawa komuniti Dogecoin harus bekerjasama untuk mengelakkan yayasan itu daripada didedahkan kepada risiko undang-undang.

“Yayasan beroperasi dalam persekitaran yang sangat mencabar, di mana setiap langkah proses mudah adalah jauh lebih kompleks daripada yang sepatutnya, tetapi ia sedang bergerak ke hadapan,” kata Nicoll.

Sejak menjadi terkenal tahun lepas, Dogecoin telah menerima kritikan kerana kekurangan utiliti. Walau bagaimanapun, dengan minat yang semakin meningkat daripada pelabur, pemaju memulakan usaha menambah baik rangkaian untuk meningkatkan lagi penerimaan.

Salah satu perkembangan utama ialah peralihan kepada teknologi Proof-of-Stake yang cekap tenaga. Co- Founder Ethereum Vitalik Buterin mendedahkan bahawa dia sedang membantu coin meme itu dengan peralihan ke arah PoS.

Populariti coin itu diserlahkan oleh statistik yang menunjukkan lebih banyak negara menerima Dogecoin. Sehingga Disember 2021, Amerika Syarikat disenaraikan sebagai negara paling pro-Dogecoin di dunia. Kira-kira 31.6% pemegang mata wang kripto di A.S. memiliki coin tersebut. Australia menduduki tempat ke-2 pada 29% diikuti Norway dengan 27.4%.

Harga DOGE

Dogecoin tidak terlepas daripada volatility pasaran crypto yang telah menjejaskan kebanyakan aset. Mengikut masa akhbar, token itu didagangkan pada $0.13, dengan kerugian melebihi 11% dalam 7 hari yang lalu.

Walaupun ‘hype‘ sekitar coin meme nampaknya telah reda, Dogecoin masih menyasarkan satu lagi faktor perbankan rekod tinggi seperti peningkatan penerimaan.

Terdapat kemungkinan DOGE mungkin mencecah $0.5 kerana didorong oleh faktor seperti minat daripada pelabur.

Gemini dan Huobi Menyenaraikan Dogelon Mars

CEO Tesla, Elon Musk ialah salah seorang yang paling berpengaruh dalam ruang mata wang crypto dan dia telah memberi inspirasi kepada penciptaan beberapa coin meme sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Salah satu coin meme kini menunjukkan prestasi yang baik selepas disenaraikan di beberapa platform pertukaran crypto utama.

Token Berinspirasikan Elon Musk Berjaya ke Platform Pertukaran Crypto Utama

Dogelon Mars (ELON), coin meme yang diilhamkan oleh CEO Tesla Elon Musk, telah berjaya memasuki dua platform pertukaran crypto utama. Token meme itu baru-baru ini disenaraikan di platform pertukaran crypto Huobi dan Gemini.

Dogelon Mars ialah coin meme bertemakan anjing yang dihoskan pada blockchain Ethereum dan Polygon. Coin ini berusaha untuk menjadi popular seperti coin meme terkemuka yang lain seperti Dogecoin, Shiba Inu dan Floki Inu. Token itu menggabungkan populariti Elon Musk dan Dogecoin serta keinginan Musk untuk meneroka melangkaui Bumi ke Marikh.

Huobi, salah satu platofrm pertukaran crypto terkemuka di dunia, mengumumkan semalam bahawa ia telah menyenaraikan Dogelon Mars pada platformnya, memudahkan berjuta-juta pedagang mengakses coin meme tersebut.

Pengumuman itu diikuti oleh satu lagi dari Gemini, sebuah platform yang dimiliki dan dikendalikan oleh adik beradik kembar Winklevoss. Gemini juga mengumumkan bahawa ia telah menyenaraikan MARS pada platformnya dan token itu boleh didagangkan dengan Dolar AS, Dolar Kanada, Euro dan Pound Britain.

Harga MARS Meroket Mengikuti Pelbagai Penyenaraian

Harga MARS telah meroket sejak beberapa jam yang lalu kerana coin itu disenaraikan di platform utama. Pada masa akhbar, MARS didagangkan pada $0.000001766 untuk setiap token, meningkat lebih daripada 34% dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Sepanjang minggu lalu, harga token telah melonjak dengan kadar luar biasa, mengatasi banyak token dalam proses itu. Modal pasaran token itu ialah $15 juta pada seminggu yang lalu, tetapi kini mencecah melebihi $120 juta.

Rally tersebut berlaku akibat pasaran mata wang crypto yang perlahan-lahan pulih daripada penurunan yang terjadi baru-baru ini, dengan Bitcoin kini didagangkan melebihi $51k untuk setiap coin.

Tajuk: Gemini dan Huobi Menyenaraikan Dogelon Mars

Harga Shiba Inu Meroket 13% Selepas Pembelian 4 Trilion Token Oleh Crypto Whale

  • Harga coin Shiba inu meroket sebanyak 13% selepas seorang crypto whale membeli 4 trilion token.
  • Wallet whale tersebut bernilai setengah bilion dolar dan juga terdiri daripada token metaverse.
  • Whale crypto lain telah membeli shiba inu kerana ia merosot dari paras tertinggi sejak Oktober.

Harga Shiba Inu melonjak 13% selepas pelabur crypto besar membeli bertrilion- trilion token meme.

Pembeli besar tersebut, lebih dikenali sebagai crypto whale, telah membeli 4 trilion token untuk kira-kira $136 juta, menurut whalestats, yang menjejaki wallet- wallet ethereum, tidak termasuk token untuk pertukaran dan projek.

Kira-kira satu perempat daripada wallet whale itu — yang bernilai setengah bilion dolar secara keseluruhan — kini terdiri daripada coin shiba inu. Token Metaverse daripada Decentraland, Gala dan Sandbox juga membentuk sebahagian besar wallet itu, bersama-sama dengan stablecoin tether.

Shiba inu mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada bulan Oktober dan sebahagian besarnya telah jatuh sejak itu dan memberi peluang kepada whale- whale untuk membeli penurunan itu. Awal bulan ini, seorang whale telah mengumpul 50 bilion token untuk menjadikan jumlah pegangan wallet itu kepada kira-kira 1.67 trilion shiba inu, lapor Insider sebelum ini. Whale lain telah membeli kira-kira 100 bilion token.

Token Shiba Inu secara individu masih bernilai kurang daripada satu sen. Namun begitu, ia adalah mata wang crypto terbesar ke-13 mengikut nilai pasaran, berada tepat di bawah dogecoin (coin meme yang muncul terdahulu), menurut kedudukan Coinmarketcap.

Coin Shiba Inu, yang dinamakan sempena anak anjing Jepun itu, ialah alternatif kepada dogecoin yang berasaskan ethereum. Ia diasaskan pada Ogos 2020 oleh seseorang yang dipanggil Ryoshi, yang ingin beralih daripada “struktur sosial yang tidak fleksibel dan pemikiran tradisional,” dan ingin menjadikan coin itu “suatu percubaan dalam pembinaan komuniti spontan yang decentralized,” lapor Insider sebelum ini.

Dalam masa setahun, token itu telah melonjak sebanyak 53 juta%, menurut crypto.com.

Tajuk: Harga Shiba Inu Meroket 13% Selepas Pembelian 4 Trilion Token Oleh Crypto Whale

NFT Kini Bernilai Lebih Daripada Nissan & Domino’s Pizza

Walaupun masih sebilangan kecil orang yang memahami apa sebenarnya non- fungible token (NFT), itu tidak menghalang permodalan pasaran NFT daripada melonjak pada tahun 2021.

Nilai pasaran global NFT telah mencecah $23 bilion kerana collector telah bergegas untuk mengecapi apa yang mereka harapkan akan menjadi Bitcoin yang seterusnya, menurut DappRadar, yang menjejaki jualan tersebut.

Sebahagian besar daripada peningkatan itu adalah disebabkan oleh penjualan Beeple’s The First 5,000 Days, yang dijual dengan harga $69.3 juta awal tahun ini. Penjual- penjual besar yang lain termasuk Bored Ape Yacht Club, yang memperoleh $26.2 juta serta CryptoPunk, (dengan penjualan empat NFT sahaja) memperoleh lebih $32 juta.

Hollywood, selebriti- selebriti sukan serta jenama- jenama besar seperti Coca-Cola, Gucci, Nike, dan Adidas juga telah memberi impak dalam ruang tersebut, menaikkan NFT di tahap eksklusif yang berbeza,” kata DappRadar. “Selain itu, NFT tiba di rumah lelongan seni tradisional yang terkenal seperti Christie’s dan Sotheby’s, memberi peluang kepada masyarakat arus perdana yang mungkin tidak biasa dengan istilah itu.”

Walaupun NFT tidak berada pada tahap yang sama dengan mata wang crypto, seperti coin meme Dogecoin atau Shiba Inu, ia masih cukup besar untuk menjadi lebih bernilai daripada kebanyakkan syarikat yang didagangkan secara terbuka. Berikut adalah beberapa syarikat mewah yang telah melihat NFT melepasi had pasaran mereka tahun ini.

Semua data had pasaran adalah setakat 11:40 a.m. ET pada 17 Dis.

CarMax (KMX)—Had pasaran: $22.36 bilion

Clorox (CLX)—Had pasaran: $21.78 bilion

Carnival (CCL)—Had pasaran: $21.5 bilion

Ulta—Had pasaran: $21 bilion

Take-Two Interactive Software—Had pasaran: $20.35 bilion

MGM Resorts (MGM)—Had pasaran: $19.63 bilion

Nissan—Had pasaran: $19.35 bilion

Domino’s Pizza (DPZ)—Had pasaran: $19.33 bilion

LG Electronics—Had pasaran: $18.63 bilion

Bath & Body Works—Had pasaran: $18.19 bilion

Liberty Media (LSXMB)—Had pasaran: $18.08 bilion

Tajuk: NFT Kini Bernilai Lebih Daripada Nissan & Domino’s Pizza

10 Mata Wang Crypto Berprestasi Terbaik Pada Tahun 2021

10 Mata Wang Crypto Berprestasi Terbaik Pada Tahun 2021

  • Peningkatan minat yang mendadak terhadap mata wang crypto telah menjadikan 2021 sebagai tahun yang penting bagi industri ini.
  • Peningkatan penggunaan NFT, sebuah ETF bitcoin, di dalam metaverse serta peningkatan kawal selia menjadikan pengurus aset Wall Street berada di barisan hadapan dalam pelaburan crypto pada tahun ini.
  • Ini adalah 10 aset crypto yang terbaik prestasinya pada 2021, menurut data daripada CoinMarketCap.

Tahun ini merupakan tahun di mana mata wang crypto berjaya menjadi kewangan arus perdana, apabila semua manusia dari kalangan selebriti hingga ke atlet dan pelelong seni menyelami collector digital yang berasaskan blokchain dan platform play- to- earn telah mengubah dinamik ekonomi gaming.

Pelabur institusi dan runcit telah sama-sama mengumpul aset crypto, produk berasaskan blockchain dan perkhidmatan- perkhidmatan seperti token NFT, menjadikan pasaran $1 trilion meningkat kepada $3 trilion dalam masa kurang daripada 12 bulan.

Terbaru, kebangkitan metaverse telah mencipta gelombang baharu dimana terdapat peluang pelaburan untuk segala-galanya daripada tanah digital kepada barangan pereka digital. Pelabur pastinya mengalu-alukan peningkatan kecanggihan cryptosphere ini.

Pada tahun 2022, apabila terdapat peningkatan penggunaan, decentralized finance (DeFi) juga turut berkembang. Dan metaverse dan NFT – contohnya representasi digital karya seni, muzik atau video dunia nyata semakin popular, aset crypto dijangka meningkat lebih tinggi dalam nilai.

Peningkatan dalam pasaran mata wang crypto bukan sahaja didorong oleh bitcoin, malah coin- coin lain yang lebih kecil telah meningkat secara eksponen dari tahun ke tahun dan mendapat kemasyhuran arus perdana. Dogecoin, mata wang crypto yang dicipta beberapa tahun lalu sebagai sebuah jenaka, telah menjadi salah satu coin terbaik dan menimbulkan satu siri spin-off yang hebat.

Altcoin yang berasal dari blockchain yang ramai percaya akan menguasai sebahagian besar dunia kewangan masa depan, serta alam digital, telah melonjak, menjadikan coin seperti solana, cardano dan avalanche bintang crypto. Billionaire crypto bull Mike Novogratz telah melabelkan ether sebagai pelaburan yang lebih menarik berbanding bitcoin kerana orang ramai melihatnya sebagai satu pertaruhan teknologi.

Tetapi ini adalah pasaran kecil yang sangat volatile. Ini bermakna traders boleh menjangkakan kerugian atau keuntungan besar dalam sekelip mata. Mata wang crypto boleh melonjak 100% dalam masa seminggu, hanya untuk hilang semua keuntungan tersebut dalam beberapa hari, atau bahkan beberapa jam sahaja dalam sesetengah kes.

Bitcoin, mata wang crypto terkemuka dalam nilai pasaran, meningkat kira-kira 70% setakat tahun ini. Sementara itu, banyak token crypto asli metaverse, yang berdasarkan pada blockchain ethereum, telah berkembang dari satu minggu ke minggu berikutnya, kerana sesiapa yang ingin memasuki dunia digital ini mesti memiliki mata wang digital yang sepadan terlebih dahulu.

Sebagai contoh, pengguna dunia maya , Sandbox boleh membina, memiliki dan monetizekan pengalaman permainan mereka di blockchain ethereum menggunakan SAND, token utiliti platform tersebut. Perkara yang sama berlaku untuk pengguna Decentraland, atau pemain Axie Infinity, yang boleh membiak, memiliki dan melatih makhluk digital kecil mereka sendiri. Setiap platform mempunyai mata wang aslinya sendiri.

Insider telah meneliti 10 mata wang crypto berprestasi terbaik pada tahun lalu dengan nilai pasaran lebih $1 bilion, menurut data daripada CoinMarketCap.

  1. Decentraland
    Simbol: MANA
    Kap Pasaran: $6.8 bilion
    Prestasi YTD: 4,397%
  1. Harmony
    Simbol: ONE
    Kap Pasaran: $2.2 bilion
    Prestasi YTD: 4,464%
  1. Kadena
    Simbol: KDA
    Kap Pasaran: $1.9 bilion
    Prestasi YTD: 8,131%
  1. Fantom
    Simbol: FTM
    Kap Pasaran: $3.9 bilion
    Prestasi YTD: 8,966%
  1. Solana
    Simbol: SOL
    Kap Pasaran: $58.2 bilion
    Prestasi YTD: 10,180%
  1. Terra
    Simbol: LUNA
    Kap Pasaran: $28.7 bilion
    Prestasi YTD: 11,558%
  1. Polygon
    Simbol: MATIC
    Kap Pasaran: $16.3 bilion
    Prestasi YTD: 12,817%
  1. Sand Box
    Simbol: SAND
    Kap Pasaran: $4.9 bilion
    Prestasi YTD: 14,629%
  1. Axie Infinity
    Simbol: AXS
    Kap Pasaran: $6.8 bilion
    Prestasi YTD: 18,996%
  1. Gala
    Simbol: GALA
    Kap Pasaran: $3.6 bilion
    Prestasi YTD: 50,829%

Tajuk: 10 Mata Wang Crypto Berprestasi Terbaik Pada Tahun 2021

Aplikasi Perdagangan Public Menambah 4 lagi Mata Wang Crypto Termasuk Token Decentraland

  • Aplikasi dagangan Public menambah empat lagi aset digital pada platform dagangan cryptonya.
  • Decentraland token Metaverse, yang telah meningkat kira-kira 150% tahun ini, adalah salah satu daripadanya.
  • Public kini mempunyai 25 mata wang crypto yang boleh dibeli dan dijual pada platformnya.

Aplikasi perdagangan Public baru sahaja menambah empat lagi token pada crypto exchange nya, termasuk Decentraland, kegemaran metaverse.

Public, aplikasi perdagangan saham sosial yang dilancarkan pada tahun 2019, menambah mata wang crypto Decentraland, Cosmos, Fantom, dan The Graph pada platformnya — menjadikan jumlah bilangan token yang pengguna boleh membeli dan menjual kepada 25, kata syarikat itu dalam e-mel kepada Insider.

Merujuk kepada cara-cara ia menentukan token crypto mana yang hendak ditambahkan pada platformnya, Public berkata:

“Apabila menawarkan aset crypto baharu, kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami Apex Crypto, dan kami juga mempunyai pelbagai atribut yang kami pertimbangkan, termasuk had pasaran, volum dagangan, memastikan set tawaran yang pelbagai, dan menyediakan keseimbangan antara penawaran aset yang popular dengan yang memenuhi momen pasaran

Token Decentraland telah melonjak kira-kira 150% pada tahun lalu, dengan kebanyakan keuntungan itu adalah daripada bulan lalu sejak syarikat yang dahulunya dikenali sebagai Facebook kini Meta.

Metaverse dianggap sebagai fasa seterusnya dalam internet, sebuah dunia digital di mana orang boleh bekerja, berinteraksi dan bermain. Decentraland ialah versi metaverse di mana orang ramai boleh membeli dan menjual barangan maya seperti lot tanah menggunakan token asli platform, MANA. Satu plot tanah baru-baru ini dijual dengan harga kira-kira $2.5 juta, Insider melaporkan pada masa itu.

Public mula menawarkan dagangan crypto pada bulan Oktober di tengah-tengah rally yang meluas dalam aset digital. Pada mulanya, platform hanya membenarkan perdagangan dengan 10 mata wang crypto, termasuk Bitcoin dan Ether. Di tengah-tengah peningkatan epik dalam spinoff dogecoin, shiba inu, platform itu mula menawarkan coin meme yang diilhamkan oleh anjing itu. Pada bulan November, Public menambah 10 lagi coin, termasuk Solana, Terra, Uniswap, Avalanche, Chainlink dan Polygon.

Platform ini telah memperkukuh tawaran cryptonya, berbeza dengan pesaingnya Robinhood, yang telah menangguhkan penambahan lebih banyak aset digital pada senarainya sehingga penjelasan lanjut diberikan mengenai pengawalan mata wang tersebut.

Tajuk: Aplikasi Perdagangan Public Menambah 4 lagi Mata Wang Crypto Termasuk Token Decentraland

Elon Musk Individu Paling Berpengaruh Pada Tahun 2021

Mungkin anda berpendapat bahawa Elon Musk adalah seorang usahawan berwawasan yang akan menyelamatkan planet ini daripada malapetaka. Mungkin anda berfikir bahawa Elon Musk adalah seorang narsisis yang melulu. Mungkin anda bosan dengan lelaki itu.

Tetapi tanpa mengira pandangan peribadi anda tentang lelaki itu, anda tidak boleh menafikan pengaruhnya yang luar biasa terhadap crypto pada tahun 2021 – khususnya pada harga bitcoin dan dogecoin.

Elon suka bitcoin! Harga melambung tinggi. Elon berpendapat bahawa bitcoin merosakkan alam sekitar! Harga menjunam. Corak itu sangat jelas sehingga “The Washington Post” menjalankan op-ed bertajuk “Cryptocurrency mempunyai masalah Elon Musk,” yang ditulis oleh Emily Parker CoinDesk sendiri, yang menyatakan bahawa “dalam industri yang dikatakan decentralized bermaksud tidak terkesan terhadap mana-mana pihak, namun, harga pasaran nampaknya melambung atau menjunam berdasarkan tweet seseorang.”
Bukan sahaja Elon Musk jelas salah seseorang yang “paling berpengaruh” dalam crypto pada tahun 2021, tetapi ada kemungkinan bahawa tiada siapa yang pernah mempunyai pengaruh yang lebih tinggi pada harga aset dalam seluruh sejarah manusia, mungkin sejak zaman Caesar. Dengan hanya memuat naik Tweet meme kepada 65 juta pengikutnya, Musk mempunyai kuasa untuk mencipta ratusan bilion dolar dalam permodalan pasaran dengan serta-merta…atau membuatnya lenyap.

Seperti yang diperhatikan oleh beberapa orang di Twitter sepanjang musim panas ini, bolak-balik tesebut terasa seperti permainan “Dia sayang saya…Dia tidak sayang saya. Dia sayang saya…Dia tidak sayang saya.”

Jadi adakah Elon Musk suka bitcoin? Atau adakah dia tidak menyukainya? Mari kita lihat semula beberapa sorotan hubungan cinta yang menyeksakan ini.


January 29. Dia sayang saya. Musk menukar bio Twitternya kepada satu perkataan ringkas: #bitcoin. Harga serta-merta melonjak 13%. Dia kemudian dengan penuh teka-teki menaik tweet, “Sebaliknya, ia tidak dapat dielakkan.” Apa sebenarnya yang tidak dapat dielakkan? Pengendorsan bitcoinnya? Kebangkitan bitcoin itu sendiri? Thanos? Tiada siapa yang pasti, tetapi rasanya dengan adanya Musk secara rasmi di Team Bitcoin, penggunaan arus perdana kini…tidak dapat dielakkan.


February 4. Dia sayang saya. “Doge,” Musk tweet. Itu sahaja. Itu tweetnya. (Dia adalah raja tweet satu perkataan.) Banyak lagi tweet berkaitan Doge akan menyulusuri, termasuk meme yang diilhamkan oleh The Lion King, dengan Musk sebagai Rafiki dan Shiba Inu sebagai Simba. Dia memuat naik tweet ini selepas harga Doge telah naik. Kapsyen? “sama-sama.” Sekarang dua perkara sudah jelas. 1) Musk tahu apa yang dia lakukan. 2) Dia seronok melakukannya.

February 8. Dia sayang saya. Tesla mendedahkan yang dia telah melabur $1.5 bilion dalam bitcoin, yang menaikkan trend “penerimaan institusi” yang akan menguatkan lagi coin tersebut. Harga bitcoin melonjak kira-kira $8,000 dalam satu hari, kemudian ia mencecah $50,000 untuk kali pertama. Ramai peniaga crypto merujuk kepada hari itu sebagai “Elon’s Candle (lilin Elon).”


24 Mac. Dia sayang saya. Hubungan cinta tersebut diteruskan. Mungkin itu cinta sejati, dan mungkin Elon dan Bitcoin akan bersama selama-lamanya. “Anda kini boleh membeli Tesla dengan Bitcoin,” Musk tweet, memberikan pernyataan yang bagus, deklaratif dan tegas yang kelihatan seperti satu harapan cerah kepada dunia crypto.


April 28. Dia sayang saya. Memandangkan kebanyakan mata wang cryrpto masih berada dalam kegawatan bull market, Musk menulis tweet “The Dogefather,” mengumumkan bahawa dia akan menjadi hos Saturday Night Live, kerana ia adalah 2021 jadi sudah tentu Elon Musk akan menganjurkan Saturday Night Live. Tweet itu sangat menarik perhatian. Adakah dia akan mempromosikan dogecoin di hadapan khalayak ramai? Komuniti Doge ternanti- nantikan dengan penuh suspen.


8 Mei. Dia tidak sayang saya. Musk memainkan watak pakar pelaburan yang bergelut untuk menjelaskan apa itu Dogecoin apabila Michael Che berulang kali bertanya kepadanya soalan itu semasa Saturday Night Live pada segmen Weekend Update .Watak Musk berkata, “Dogecoin ialah sistem kewangan yang tidak dapat dihalang yang akan mengambil alih dunia.” “Jadi, ini menyusahkan?” balas Che. “Ya, ia adalah menyusahkan,” Musk mengangkat bahunya. Harga mata wang crypto jatuh 40 peratus, didagangkan serendah 43 sen, menjatuhkan hampir $20 bilion dalam nilai pasarannya.

12 Mei. Dia tidak sayang saya. Dalam tweet yang menjatuhkan nilai crypto, Musk menghentikan Tesla daripada menerima Bitcoin, merujuk kepada kebimbangannya terhadap alam sekitar. “Mata wang crypto adalah idea yang baik pada banyak peringkat dan kami percaya ia mempunyai masa depan yang menjanjikan,” kata Musk kepada “kekasihnya yang menangis teresak-esak”, “tetapi ini tidak sepatutnya menjejaskan alam sekitar.” Harga merudum. Bitcoin menjunam daripada $56k kepada $30k pada minggu seterusnya.


13 Mei. Dia sayang… Doge? Musk mengumumkan bahawa dia “bekerjasama dengan pemaju Doge untuk meningkatkan kecekapan transaksi sistem. Suatu potensi yang menjanjikan.” Jadi adakah bitcoin “isteri” dan adakah Doge adalah “perempuan simpanan baru”?

24 Mei. Dia sayang saya… mungkin? Musk bertemu dengan sekumpulan bitcoin miners untuk membincangkan cara-cara untuk menjadi lebih mesra alam. “Menjanjikan potensi,” tweet Musk, dan memberikan sokongan kepada Doge. Kali ini lonjakan harga tidak terlalu tinggi. Nampaknya pengguna crypto sedang membina apa yang digambarkan oleh Vitalik Buterin sebagai “sistem imun” terhadap peristiwa seperti tweet Musk. Seperti yang dikatakan Buterin kepada CNN, “Dia tidak akan mempunyai pengaruh seperti ini selama-lamanya.”

3 Jun. Dia tidak sayang saya. Satu lagi tweet yang menyayat hati. Musk memuat naik tweet meme putus cinta dengan logo bitcoin dan hati yang patah. Boleh lihat tweet tersebut disini.


13 Jun: Dia sayang saya! Musk membalas tweet yang menuduhnya memanipulasi harga dan lambakan bitcoin. “Ini tidak betul,” Musk tweet. “Tesla hanya menjual ~10% daripada pegangan untuk mengesahkan BTC boleh dicairkan dengan mudah tanpa menggerakkan pasaran.” Dia menambah “Apabila terdapat pengesahan penggunaan tenaga bersih yang munasabah (~50%) oleh miners dengan trend masa depan yang positif, Tesla akan membenarkan semula transaksi Bitcoin.” Serta-merta harga bitcoin pulih, melantun 10% dalam tempoh enam jam seterusnya.


21 Julai: Dia sayang saya! Dia betul-betul sayangkan saya! Dalam panel The B Word Conference, Musk menyertai Jack Dorsey dan Cathie Wood (kedua-duanya bitcoin bull) untuk perbualan tentang mata wang crypto. Peminat crypto memerhati dengan penuh suspen. Adakah Elon akan menghentam bitcoinatau adakah dia akan memberikan pengesahannya? Musk mengesahkan bahawa dia memiliki bitcoin, ether dan, sudah tentu, dogecoin. “Jika harga bitcoin turun saya akan kehilangan wang. Saya mungkin mengepam tetapi saya tidak membuang, “kata Musk dalam video itu. “Saya pasti tidak percaya untuk mendapat harga tinggi dan menjual atau sebagainya. Saya ingin melihat bitcoin berjaya.” Harga bitcoin serta-merta melonjak…dan memulakan pusingan seterusnya dalam bull run yang menyaksikan ia mencapai paras tertinggi baharu sepanjang masa iaitu hampir $69,000.


20 Oktober. Dia sayang saya. Musk memuat naik tweet meme pasangan separa bogel, di atas katil, merenung kepada harga crypto yang tinggi sepanjang masa. Bitcoin ialah $69k. Eter ialah $4,200. Atau 69 dan 420. Anda boleh faham sendiri.

2 Disember. Dia sayang Doge. Kali ini tindakan itu secara langsung melibatkan CoinDesk sendiri. Laporan daripada Omkar Godbole CoinDesk mendapati bahawa “yuran transaksi Ethereum yang tinggi menyebabkan DeFi tidak dapat diakses oleh pelabur kecil.” Elon Musk mempunyai jalan penyelesaiannya, dan anda boleh meneka apakah penyelesaian itu. “Doooge,” jawab Musk kepada CoinDesk.


Jadi adakah Elon suka crypto atau tidak? Hubungan sulit ini liar dan meletihkan emosi. Tetapi bak kata orang, percintaan yang paling mengghairahkan cenderung untuk menjadi panas dan sejuk.

Tajuk: Elon Musk Individu Paling Berpengaruh Pada Tahun 2021

10 Mata Wang Crypto yang Paling Banyak Dicari di Singapura Pada Tahun 2021

10 Mata Wang Crypto yang Paling Banyak Dicari di Singapura Pada Tahun 2021

SINGAPURA — Tahun 2021 telah menjadi tahun berinovatif bagi industri mata wang Crypto yang sedang berkembang pesat. Sesetengah negara sedang mempertimbangkan untuk mengesahkan penggunaan Crypto, mengikut jejak langkah El Salvador yang kini menerima Bitcoin sebagai tender yang sah.

Peningkatan nilai Bitcoin yang mendadak telah menjadikannya semakin sukar bagi kerajaan dan ahli- ahli terbesar dalam kewangan dan perniagaan untuk menolak mata wang Crypto yang sangat volatile.

Beberapa billionaire seperti Jeff Bezos, Elon Musk dan Jack Dorsey adalah antara yang telah menunjukkan minat dan kepercayaan yang tinggi terhadap mata wang Crypto. Mereka percaya bahawa mata wang tersebut adalah masa depan dunia dan akan membuka jalan ke dalam ruang fintech.

Tidak kira sama ada ia dianggap sebagai mata wang fiat atau aset berisiko dan tidak terkawal kerana memandangkan terdapat lebih daripada 10,000 mata wang Crypto di dunia, hakikatnya orang ramai telah mencari info yang berkaitan dengannya secara aktif.

  1. Bitcoin (BTC)
    Penggerak pasaran dan mata wang Crypto terbesar di dunia mengikut permodalan pasaran, BTC mendapat tempat tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$68,521 pada November 2021.
  2. Ethereum (ETH)
    Dilabelkan sebagai pembunuh Bitcoin, Ethereum menyaksikan pertumbuhan pesat dalam sektor sampingan seperti DeFi, NFT dan Metaverse, dan juga mendapat tertinggi sepanjang masa tahun ini.
  1. Dogecoin (DOGE)
    Minat terhadap coin meme ini nampaknya telah naik dan turun dengan setiap tweet Elon Musk dan Dogecoin nampaknya masih mendapat sokongan padu pengasas Tesla.
  1. Shiba Inu (SHIB)
    Walaupun turun naik yang ketara dalam harganya, ia masih sebuah coin yang hebat kerana Shiba Inu mempunyai hampir 300,000 lebih pengikut di Twitter berbanding Ethereum.
  1. Cardano (ADA)
    Peminat setia telah menunggu dengan sabar untuk pengaktifan kontrak pintar pada blockchain Cardano, tetapi fungsi baharu itu telah gagal menghantar harganya ke bulan.
  1. Ripple (XRP)
    Memandangkan pertempuran legal Ripple vs US Securities dan Exchange Commission (Bursa AS) memasuki tahap muktamadnya, beberapa pelabur besar telah bertaruh besar- besaran untuk menang bukan sahaja untuk XRP, tetapi juga untuk seluruh dunia Crypto.
  1. Coin Binance (BNB)
    Ekosistem unik Binance bagi decentralized blockchain melonjakkan tokennya untuk menjadi mata wang Crypto ketiga terbesar mengikut permodalan pasaran pada 2021.
  1. Uniswap (UNI)
    Uniswap ialah mata wang Crypto dan pertukaran decentralized. Salah satu bursa decentralized terbesar di dunia, Uniswap gagal untuk menarik minat pelabur pada tahun ini, walaupun ia kekal sebagai 20 mata wang Crypto teratas mengikut permodalan pasaran.
  1. Solana (SOL)
    Solana adalah blockchain yang paling pesat berkembang di dunia dan menjadi parabola untuk tahun ini, telah melonjak daripada bawah AS$4 kepada lebih AS$250.
  1. Tether (USDT)
    Syarikat di belakang Tether didenda sebanyak AS$41 juta oleh US Commodity Futures Trading Commission pada Oktober atas tuduhan mengelirukan pelabur- pelabur selama bertahun-tahun dengan mendakwa stablecoin disokong sepenuhnya pada setiap masa oleh dolar AS dan mata wang fiat lain secara palsu.

Jualan Kapal Layar Vianne Berharga $10J, Kripto Diterima

Jualan Kapal Layar Vianne Berharga $10J, Kripto Diterima

Pembayaran menggunakan mata wang Crypto terus mendapat daya tarikan di dalam dunia barangan mewah, dengan kapal layar sebesar 170 kaki menjadi contoh terkini.

Pemilik Vianne, sebuah kapal layar binaan Itali berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin bahawa pembeli akan dapat membeli kapal itu dengan Bitcoin (BTC), Ether (ETH), Dogecoin (DOGE) serta SOL, FTM, BNB atau “top tier” Non- fungible Token (NFT) daripada koleksi CryptoPunk atau Bored Ape Yacht Club.

Dengan itu, sebanyak 10% deposit fiat diperlukan.

Vianne disenaraikan pada harga $10 juta dan boleh disewa pada musim sejuk akan datang dengan harga $196,000 seminggu di Caribbean. Dia mempunyai jakuzi sky- deck dan boleh memuatkan 12 tetamu.

“Pembayaran mata wang Crypto semakin meningkat dalam industri kapal layar, justeru, ini akan menjadikan Vianne kapal layar terbesar yang pernah dibeli dengan NFT,” kata pemilik kapal itu dalam satu kenyataan.

Kebolehan untuk membeli superyacht ini dengan mata wang Crypto adalah tanda penerimaan yang lebih luas oleh industri barangan mewah – seperti Dolce & Gabbana atau Sotheby’s.

Di samping itu, Morgan Stanley menganggarkan dalam nota terbaru kepada pelanggannya bahawa permainan Metaverse dan NFT boleh memberi peluang pendapatan sebanyak 50 bilion euro untuk pasaran mewah menjelang 2030. Kering yang berpangkalan di Perancis, pemilik jenama- jenama mewah seperti Gucci dan Yves Saint Laurent , adalah contoh yang terbaik untuk mengambil kesempatan daripada Metaverse, kata bank itu dalam notanya.

Sementara itu, pemilik- pemilik Vianne berkata Crypto sudah menjadi kenyataan.

“Dalam 12 bulan yang lalu, terutamanya, kami telah cenderung untuk berurus niaga menggunakan Crypto selagi boleh,” pejabat keluarga pemilik memberitahu CoinDesk melalui e-mel. “Kami sedang dalam proses untuk mendapatkan kapal layar yang lebih besar untuk pemiliknya, dan jika kami berurus niaga, kami pasti akan membayar dalam mata wang Crypto (Stablecoin, [Altcoin], dll.) selagi boleh.”

Sebarkan Kripto Untuk Semua – KuCoin CEO

Sebarkan Kripto Untuk Semua – KuCoin CEO

Pencarian matawang kripto melalui kaedah “burning” atau “stake” yang dihasilkan pada setiap bulan boleh menyebabkan kadar inflasi yang teruk dan itu lah cabarang sebenar yang dihadapi oleh matawang kripto, kata Ketua Pegawai Eksekutif KuCoin, Johnny Lyu

Dilancarkan pada 2017, KuCoin mendapat tempat secara pantas dikalangan penggemar Kripto sehingga menjadikan platform ini sebagai antara The Best Crypto Exchanges mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes pada suku tahun 2021

“Jumlah urus niaga kami telah meningkat daripada sifar kepada $500 bilion dengan purata volum urus niaga harian melebihi $4 bilion – peningkatan tahun ke tahun sebanyak 791%,” kata Lyu.

Sehingga kini, bilangan pengguna berdaftar KuCoin telah melebihi lapan juta.” Kami telah menyediakan 500+ aset terjamin, meliputi sektor yang paling sohor kini seperti DeFi, NFT, Metaverse, ekosistem Solana, ekosistem Polkadot dan Web 3.0.”

Kepantasan kemajuan KuCoin telah membolehkan team mereka membuat kemas kini berterusan pada ekosistem dan keputusan untuk menukar tempoh untuk burn token KCS daripada suku tahunan kepada bulanan adalah salah satu daripadanya.

Lyu berkata, beliau juga sedar tentang isu inflasi dan mempertimbangkan nilai jangka panjang untuk membakar token dengan lebih kerap.

Kami menukar tempoh pembakaran token ini untuk mencerminkan operasi perniagaan kami dengan cara yang lebih mampan,” kata Lyu.

“Sambil mengurangkan bekalan token, kami juga memberi perhatian untuk meningkatkan nilai dan faedah KCS untuk pengguna kami melalui pelancaran produk baharu dan peningkatan yang sedia ada

Menyesuaikan diri dengan generasi muda


Cryptocurrency masih merupakan industri muda dan industri yang sentiasa dikemas kini secara global.

Lyu menyedari pengubahsuaian yang berlaku dalam dunia crypto dan apabila bercakap tentang KuCoin S iaitu aplikasi perdagangan sosial crypto, dia percaya ia adalah produk terbaharu yang boleh menarik permintaan Gen Z.

Apabila bilangan pengguna mata wang kripto muda berkembang, kami berusaha untuk memenuhi permintaan generasi baharu dengan perkhidmatan baharu kami yang unik untuk KuCoin sahaja,” kata Lyu.

“Kami percaya bahawa ia akan membawa lebih ramai pendatang baharu dan merapatkan jurang antara pedagang profesional dan mereka yang tidak mempunyai pemahaman mendalam tentang pasaran kripto.”

Elemen sosial baharu akan menjadikan platform kami lebih popular, menarik dan lebih selesa untuk kedua-dua pengguna dan projek blockchain muda.”

Visi untuk KuCoin


Lyu bercakap tentang apa yang dia mahu capai dengan KuCoin dan itu melibatkan mata wang kripto menjadi aktiviti global.

“Kami percaya satu hari nanti semua orang akan terlibat dengan crypto, dan blockchain, serta crypto, akan merevolusikan cara kami mencipta dan mengagihkan nilai,” kata Lyu.

“Sebagai platform, kami komited untuk membawa kripto kepada orang ramai dengan menjadikan KuCoin tempat yang lebih baik untuk melabur dalam kripto.”

Ketua Pegawai Eksekutif itu memberitahu Coin Rivet bahawa rancangan untuk lokap 90 juta KCS akan diumumkan dalam masa terdekat serta kemas kini terbaharu KuCoin dan kertas putihnya.

“Nantikan,” kata Lyu.