Coinbase Menyekat Lebih 25,000 Wallet Rusia Yang Dikaitkan Dengan Aktiviti Haram

Coinbase Menyekat Lebih 25,000 Wallet Rusia Yang Dikaitkan Dengan Aktiviti Haram

Memandangkan sekatan monetari baru-baru ini yang dikenakan ke atas Rusia, terdapat banyak perbincangan mengenai rakyat negara itu serta penggunaan mata wang kripto mereka.

Coinbase mengisytiharkan pada 7 Mac bahawa ia berdedikasi untuk mematuhi sekatan dan, sebagai hasilnya, sedang membangunkan program sekatan berbilang lapisan di seluruh dunia. Syarikat itu, khususnya, mendedahkan bahawa ia telah menyekat lebih 25,000 address Rusia yang dikaitkan dengan individu atau perusahaan Rusia yang terlibat dalam aktiviti jenayah.

“Hari ini, Coinbase menyekat lebih 25,000 address yang berkaitan dengan individu atau entiti Rusia yang kami percaya terlibat dengan aktiviti haram, kebanyakannya kami telah kenal pasti melalui penyiasatan proaktif kami sendiri. Sebaik sahaja kami mengenal pasti adress ini, kami berkongsi makalumat itu dengan kerajaan untuk terus menyokong penguatkuasaan sekatan.”

Perniagaan itu juga menggariskan bahawa urus niaga itu adalah terbuka, maklumat data transaksi boleh dijejaki dan kekal selamanya, jadi sebaik sahaja direkodkan pada blockchain, urus niaga kekal tidak berubah, menghalang pelaku jahat daripada mengubah maklumat untuk mengelak dari dikesan.

Adakah Oligarki Rusia Cuba Mengelakkan Sekatan Dengan Crypto?

Untuk mengatasi sekatan semasa dengan berkesan, kerajaan Rusia dan entiti lain yang dikenakan sekatan akan memerlukan sejumlah besar aset digital yang hampir mustahil untuk diperoleh.

Tiga sebab mengapa Rusia tidak dapat mengatasi sekatan dengan menggunakan kripto adalah kerana kekurangan ‘liquidity‘, tiada ‘anonymity’ dan pertukaran kripto tertakluk kepada peraturan anti pengubahan wang haram.

Coinbase menekankan bahawa lebih $630 bilion dalam kebanyakan aset rizab dipegang oleh bank pusat Rusia sahaja.

“Itu lebih besar daripada jumlah permodalan pasaran semua kecuali satu aset digital, dan 5–10x jumlah volum dagangan harian semua aset digital,” kata firma itu.

Akibatnya, cubaan untuk menyembunyikan urus niaga berskala besar menggunakan transaksi kripto terbuka dan telus akan menjadi jauh lebih sukar daripada menggunakan teknik sedia ada yang lain.